Hot! WeChat kaedah baru promosi 'ayam'


Johor Bahru: Laman sosial dan aplikasi sembang digital ‘WeChat’ dijadikan kaedah untuk sindiket pelacuran wanita warga asing mempromosikan khidmat mereka kepada pelanggan di sekitar bandar raya ini.

 Hanya individu tertentu termasuk pelanggan tetap yang dilabelkan sebagai ‘kenamaan’ oleh sindiket terbabit akan menerima promosi berkenaan terutamanya bagi memaklumkan kehadiran pelacur baru.

 Hasil maklumat awam dan risikan, Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan terbabit selepas menyerbu dua premis di Tanjung Puteri, di sini, kelmarin yang menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing. Serbuan pada jam 8 malam dilakukan menerusi Ops Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor Sapian Kamaruddin.

 ANGGOTA imigresen memeriksa dokumen wanita warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel.

 Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, hasil serbuan, 10 wanita warga asing berusia 19 hingga 31 tahun ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral dan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

 “Wanita terbabit terdiri daripada enam warga China serta masing-masing dua dari Vietnam dan Indonesia. “Ketika serbuan, seorang wanita yang berbogel ditemui bersembunyi di bawah katil di sebuah bilik di premis terbabit,” katanya, semalam.

 Menurut Masri, pihaknya turut menemui berpuluh kondom yang belum digunakan di dalam laci meja di bilik dihuni wanita warga asing terbabit.-HM

No comments:

Post a Comment