Penasihat Obama Kagum Dengan Usaha Kerjasama Malaysia! #MH370


Timbalan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Barack Obama, Tony Blinken memuji Malaysia, China dan negara lain kerana bekerjasama dalam misi pencarian pesawat MH370.

 "Kita melihat negara-negara bekerjasama dalam cara yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini," kata Blinken kepada CNN.

Tetapi Blinken mengatakan selepas dua minggu, masih belum ada "teori kukuh" tentang apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

 Malaysia mendedahkan semalam Perancis mempunyai imej satelit yang menunjukkan objek terapung, berpotensi sebagai serpihan di kawasan pencarian utama pesawat MH370 di Lautan Hindi bagi Australia.

 Pegawai kerajaan Australia berkata semalam, salah sebuah kapal terbang yang digunakan untuk mencari pesawat MH370 dapat mengesan palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan terpinggir Lautan Hindi.

 Objek itu dilihat oleh salah satu pesawat awam yang membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu. Agensi berita AFP melaporkan pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".

 Dibantu oleh beberapa negara lain, AMSA sedang melakukan "pencarian berkaedah" di kawasan perairan seluas 59,000 kilometer persegi. Mereka sedang mencari objek besar yang ditemui satelit pada 16 dan 18 Mac.

 Kementerian Pengangkutan Malaysia mengatakan Australia, China dan Perancis sudah mengeluarkan imej satelit yang berkemungkinan besar objek boleh dikaitkan dengan MH370.

China sudah menghantar kapal mereka untuk mencari pesawat tersebut, menambah kepada kapal tentera laut Britain dan Australia yang sudah mula mencari.

 Jika pesawat terhempas di lautan, penyiasat berharap untuk mengenalpasti kawasan terhempas tersebut sebelum kotak hitam pesawat berhenti memberikan isyarat – kebiasaannya selepas 30 hari.

 Kotak hitam pesawat amat penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapalnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. – tmi

No comments:

Post a Comment