PRK Balingian. Petanda PKR Bakal Kalah Teruk Lebih Jelas!!

 Seorang pengundi telah mencampakkan topi PKR yang dipakainya tidak jauh dari tong sampah dan menyatakan akan mengundi calon BN di PDM Mukah



Sehingga jam 3,45 tadi, BN secara tidak rasmi telah memenangi 3 PDM iaitu di PDM Kenyana, PDM Ulu Bedengan dan PDM Temesu dengan majoriti 216 undi.

Terdahulu Abdul Taib memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011 dengan majoriti 6,210 undi dalam pertembungan tiga penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang calon bebas PRK Balingian merupakan PRK pertama dalam tempoh tiga tahun pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011.

PRK Balingian menyaksikan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Menerusi makluman rasmi SPR, keputusan PRK DUN Balingian akan diketahui selewatnya pada jam 9.00 malam.

Keputusan Rasmi PRK DUN Balingian 29 Mac 2014 Sarawak

Yussibnosh Balo (Barisan Nasional)
Bilangan Undi:
Majoriti:
Undi Rosak:

Abdul Jalil Bujang (PKR)

Bilangan Undi:
Majoriti:
Undi Rosak:

MUKAH – Pilihan raya kecil (PRK) Dun Balingian dianggap mencatat sejarah pilihan raya di negara ini apabila jumlah mereka yang keluar mengundi setakat tengah hari sudah mencecah 60 peratus iaitu 8,014 daripada 13,233 pemilih berdaftar.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu ialah yang tertinggi dan tidak pernah dicatat dalam pilihan raya umum atau PRK sebelum ini.
“PRK Kajang sehingga 12 tengah hari hanya 40 peratus turun mengundi tetapi pada PRK Balingian pada pukul 11 pagi 53 peratus atau 7,085 pengundi dah keluar mengundi, ini satu sejarah amat baik.
“Jika berterusan kita yakin apabila pusat-pusat pengundian ditutup pada sebelah petang ini akan mencapai sasaran 80 peratus yang telah ditetapkan oleh SPR,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau juga berkata, proses pengundian pada sebelah pagi berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan provokasi.
“Ada isu teknikal seperti pengundi yang memeluk agama Islam menggunakan nama lain tetapi dalam MyKad nama lain dan ada seorang pengundi kad pengenalan rosak tetapi ingat nombor kad pengenalan namun ini berjaya diselesaikan,”katanya.
Beliau berkata, SPR juga sedang menyiasat dakwaan seorang pemilih yang datang untuk mengundi namun namanya tiada dalam senarai daftar pemilih walaupun pernah mengundi di kawasan sama sebanyak dua kali.
“Kita akan semak dengan teliti sama ada dakwaan itu benar atau bohong, biasanya jarang berlaku nama pengundi dipotong atau dipindahkan ke tempat lain,” katanya lagi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment