Apakah Malaysia dalam bahaya pabila Kepentingan Negara Diketepikan Demi MH370?


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

 “Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar,” katanya secara berseloroh.

 “Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur semalam.

 Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi seperti sonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean. Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

 “Jika anda perasan, maklumat yang kita kesan adalah daripada satelit komersial bukan tentera. Jadi angkatan tentera di seluruh dunia perlu mengkaji semula keupayaan mereka. “Saya percaya semua sedang melakukannya. Tetapi tugas saya (ketika ini) hanyalah untuk mencari MH370,” katanya.

 Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – Bernama

A.S KATA PERKARA INI HARUS DIPANDANG SECARA SERIUS BUKANNYA SECARA BERSELOROH. KITA AKUI DEMI PENCARIAN MH370, BANYAK RAHSIA KESELAMATAN DAN KETENTERAAN NEGARA MALAYSIA TELAH TERDEDAH KEPADA NEGARA ASING DAN INI BUKAN SESUATU HAL YANG BOLEH DIPANDANG ENTENG.

SESUATU HARUS DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA..

No comments:

Post a Comment