Gempar! Dua Tentera Cedera Dalam Letupan Bom di PWTC Tadi!

A.S nak tanya, MINDEF atau syarikat yang berkaitan tak de akai dan tak kaji ke kesan letupan tersebut walaupun untuk demonstrasi??
Nak tunjuk hebat tapi tak pakai otak. Mungkin akan ada jawapan kejadian berlaku di luar jangka tapi benda bom meletup ni pada aku suatu yg amat berbahaya dan sukar dijangka.
Kalau ada yang mati tak ke haru??? Siapa nak bertanggungjawab.
Tu pun habis rosak PWTC disebabkan kerja bodoh ini!!
Jangan buat kerja bodoh tu yang kadang-kadang rakyat meluat dan benci kat kerajaan!
Sori, cheq marah ni..
Dua anggota tentera cedera ringan apabila terkena serpihan siling selepas menonton demonstrasi letupan bom sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, dua tentera berkenaan seorang daripadanya cedera ringan di kepala manakala seorang lagi pengsan dihempap siling itu.

"Keadaan mereka bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Kejadian itu berpunca daripada demonstrasi letupan bom (sebenar) oleh pasukan tentera yang mengakibatkan sebahagian siling anjung PWTC di tingkat dua runtuh,"-Bernama

3 comments:

  1. nak tegur sikit.. ni bukan salah kerajaan tapi salah pegawai yang dipertanggungjawabkan DSA ni.. pegawai yang dilantik adalah amanah untuk menjalankan tanggungjawab.. tak semua perkara yang berlaku kat negara ni kerajaan yang putuskan.. tetapi PEGAWAI dalam sesebuah organisasi yang rancang dan PEGAWAI ATASAN yang meluluskan sama ada secara perseorang atau ahli jemaah pengurusan tertinggi

    ReplyDelete