Komen Menarik Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain Bekas Ketua Juruterbang MAS Berhubung Insiden MH192 Awal Pagi Tadi..

Beginilah keadaan tayar pesawat MH192 yg membuat turn back dan melakukan pendaratan kecemasan di KLIA awal pagi ini. Alhamdulillah.. Syukur semuanya selamat.



Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas  tayarnya terbakar sewaktu berlepas.

Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam.

Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. astro awani

2 comments:

  1. Itu bukan gambar landing gear MH192. Itu gambar pesat SIA yg mendarat cemas a few days ago. Sila google ye!

    ReplyDelete
  2. tu gambar singapore airlines yg ada masaalah yg sama few days ago

    ReplyDelete