Peristiwa di Memali menyerlahkan permainan politik murahan Pas..


Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Dalam pada rakyat Malaysia sedang bersedih atas kehilangan pesawat MH 370 Mas itu .... dalam pada kerajaan beserta pasukan2 SAR terbaik dunia sedang bertungkus-lumus berusaha mengesan pesawat itu, puak2 haprak pembangkang khabarnya sedang mengatur siasah bagi menghasut rakyat membangkitkan isu Memali yg telah mereka pesongkan faktanya.

Ini adalah strategi terakhir Anwar melalui orang2 Pas bagi menimbulkan kemarahan rakyat, sekali-gus dalam agenda mereka utk menggulingkan kerajaan. Lihatlah onar yg dilakukan olih puak2 pembangkang ini tanpa hentinya dan tak mengira masa.

Pelbagai program yg dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yg bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan2 kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.

Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.

Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadikan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

Lupakah kita pada hasutan yg keluar dari mulut Nik Aziz sendiri semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7.April.1981 di Kg Banggol Peradong ,Kuala Trengganu yang berbunyi,

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.

Itulah politik kotor , politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno. Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah, ketayap, serban , janggut , tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut. Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa, kerana apa ? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.

Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka.

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.

Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.

Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang.

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.

Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...

Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.

Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.

Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.

No comments:

Post a Comment