Wajah Ku Nan dan Rauf yang masih tersenyum lebar selepas DS Ahmad Said mwngumumkan perletakan jawatan dan seterusnya YB Razif mengangkat sumpah dan hanya sempat menjadi MB hanya beberapa jam sahaja.
Habis punah satu negeri dek mereka berdua ini. Aku takkan maafkan korang sampai bila- bila termasuk DS Najib jika beliau mendengar cakap 2 ekoq punah sihat yang tak boleh pakai ini.
Berikut adalah antara ulasan ringkas oleh seorang pengamal undang-undang mengenai situasi di Terengganu: Kedudukan kerusi sekarang - BN 14, PR 15 dan Bebas 3
Kerajaan Terengganu kini kerajaan minoriti. Kerusi yang dipegang adalah kurang daripada majoriti kerusi dalam DUN. ADUN Bebas tidak perlu masuk PR. Hanya perlu nyatakan bahawa mereka tidak menyokong MB.
Sekiranya usul undi tidak percaya dibuat dalam Dewan dan Menteri Besar baru tewas dengan PR + Bebas, maka dia punya 2 pilihan.
Pilihan pertama adalah dengan memohon kepada DYMM Sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri. Pilihan kedua adalah untuk meletakkan jawatannya bersama-sama dengan ahli EXCO.
Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN.
Punahsihat-punahsihat , ramai yang dah kenyang tahap termuntah dah.... apa nak jadi dengan negara pun bukan depa kisah.... rakyat jelata lah yang jadi huru hara...
Same in perak.....mb jd patong....org keliling dia boss.....
ReplyDeleteAku salahkan DSN. Dia mesti bertanggung jawab sebab dengaq nasihat dari dua joker punah sihat dia tu......
ReplyDeletesemestinya DSN bertanggung jawab. dia yang buat keputusan. sejak pru-13, banyak keputusannya yang nampak separuh masak. dengan kata lain, DSN nampak tidak mampu membuat pertimbangan yang baik dan membuat keputusan terbaik.
ReplyDeleteKepentingan negeri Terenggangu sepatutnya menjadi paksi keutamaan dalam mempertimbangkan perkara berkaitan negeri itu. Maklumat dari semua pihak perlu diberi pertimbangan. Polis melalui cawangan khas mempunyai maklumat, tentera turut mengumpul maklumat, agensi kerajaan yang lain seperti JASA, KEMAS dan sebagainya pun serupa. Jika DSN cuma percaya kepada punahsihatnya yang berapa kerat itu dalam membuat setiap keputusan, elok bubarkan aja semua agensi yang ditugaskan mengumpul maklumat. Membazir tenaga dan masa sahaja mengumpul maklumat sedang DSN tidak ambil tahu pun.
Adakah DSN merasakan kepentingan parti sahaja yang perlu diutamakan, mengatasi kepentingan negeri Terengganu sendiri dalam membuat keputusan di sana? Rakyat Terengganu menilai dan sekiranya UMNO/BN dirasakan mengutamakan parti melebihi kepentingan negeri, bersedialah menerima hukuman sekiranya PRN diadakan nanti.