Dyana Sofya Akan Tinggalkan DAP??
Pengarang Mingguan Malaysia dalam tulisan pojok akhbar itu meramalkan pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan bertahan lama dan akan meninggalkan parti tersebut dalam penyesalan.
Tulisan pojok tersebut meramalkan demikian dengan menyebut nama beberapa tokoh Melayu, antara puluhan yang didakwa meninggalkan parti kerana “menyedari terpedaya” dengan agenda DAP.
“Seperti bekas ahli DAP Melayu lain, Awang percaya suatu hari inanti Dyana Sofya akan meninggalkan parti dengan dipukul rasa penyesalan.
“Biarlah saat ini dia dilambung-lambung oleh DAP sebelum terhempas ke lumpur yang ketika itu nanti sudah tiada harganya,” tulisan dalam akhbar milik Umno itu dipetik.
Tulisan berkenaan seterusnya menyebut beberapa nama bekas pemimpin DAP Melayu – Tunku Abdul Aziz, Ahmad Ton, A Rahman Manap dan Mohamed Razali.
“Rahman pernah merayu agar Melayu tidak tertipu, sementara Mohamed Razali memohon maaf kepada orang Melayu setelah membuat pendedahan satu peristiwa bahaya anjuran DAP.
“Zulkifli Mohd Noor menyifatkan penyertaan Melayu dan parti itu hanya bernilai 50 sen,” kata pengarang itu lagi dalam tulisannya.-mk
Tapi kalau di kaji ramai anak melayu generasi sekarang mula dah tak terima perjuangan demi bangsa , agama dan negara kerana biasalah melayu cepat tiru orang luar tapi tak sedar keadaan negara tak sama bila dah rugi baru nak menyesal.
ReplyDeleteBiasalah government. Tak habis habis krtik opposition. Yang Bn ni, asal makan duit government diam je. Kalau oppsiton buat Tak baik sedikit, sebar Tak habis-habis. Kalau voting, Bn juga yang main tipu. Biasalah BN Memang dah tahu mereka lemah
ReplyDelete