Kemaskini Kes Lelaki Berkopiah Memanah Anjing..


PETALING JAYA - Lelaki yang mencederakan anjing dengan dua anak panah di Taman Sinaran, Taming Jaya telah disoal siasat di rumahnya oleh polis, petang Rabu.

Menurut seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang enggan dikenali, mereka telah menerima arahan dari ibu pejabat polis Selangor untuk menyiasat perkara itu.

Pegawai itu juga enggan mendedahkan sama ada lelaki itu disiasat kerana memiliki peralatan memanah, anak panah untuk mendera haiwan.

“Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa pada masa ini kerana kes itu sedang disiasat,” kata pegawai polis itu.

Lelaki itu telah memanah dan mencederakan anjing yang berada di pintu pagar rumahnya dan enggan berdedar dan satu anak panah mengenai bahagian kaki depan manakala satu lagi di bahgaian belakang.

Pencinta haiwan bergegas membawa anjing itu ke klinik veterinar di mana ia menerima rawatan awal.

Pengurus projek MDDB Melinda Joy Gomez berkata anjing itu dianggarkan berusia kira-kira 12 tahun dan juga separuh buta, lapor mStar.

8 comments:

  1. That guy should get full brunt of the law

    ReplyDelete
  2. buat malu org islam..dia terlupa ke kisah pelacur bg minum anjing...masuk syurga...

    kalau ye la anjing tu liar ke apa ke..tak susah..halau aje dgn air...else...tepon autorities tangkap...bangang abadi namanya ni...

    -smh-

    ReplyDelete
  3. pelacur dan anjing tu rasanya kisah israiliyat

    ReplyDelete
  4. Anjing pun makhluk ciptaan Allah. Menghina anjing sama seperti menhina penciptanya.

    ReplyDelete
  5. Padahnya islam yang extreme..ko bergaduh ngan anjing kau memang anjing..anjing tu lebih mulia dari ko..ianya dicipta agar kita mengunakan akal yang dikurniakan..esok esok aku panah ko dengan panah petir..bodoh bin bebal

    ReplyDelete
  6. Lain kali jangan aniaya anjing tu, bunuh je terus....

    ReplyDelete
  7. Zalim betul..mana2 binatang pun berhak hidup,ada caranya utk selesaikan selain dr bunuh atau aniaya..ini bukan ajaran Islam...

    ReplyDelete