KUALA LUMPUR: Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'.
Mereka yang kini bergelar Datuk ialah penyanyi Boy Iman dan Nash , serta pelakon komedi Pian Cecupak.
Boy Iman, yang memuatnaikkan beberapa gambar daripada majlis penanugerahan itu di laman Instagram dan Twitternya, mengucapkan terima kasih kepada media yang hadir untuk membuat liputan.
Quote:
dato_boyiman 2 days ago Terima kasih kepada media! Esok akan keluar lg berita tentang penerimaan pingat kepada boy dan dua rakan artis, nash dan pian cexupak di surat khabar metro! Alhamdulilah..syukur Ya Allah. |
Munurut laporan Sinar Harian, Boy Iman berkata menerima gelaran 'Datuk' adalah bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya dan kerja amal yang dilakukannya merupakan antara faktor utama dia dianugerahkan dengan gelaran itu.
Turut menjadikan kerja amal sebagai sebab utama untuk penerimaan gelaran 'Datuk itu ialah Pian Cecupak.
“Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nash pula dilaporkan berkata walaupun telah dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk', dia tetap akan meneruskan kerja-kerja amalnya.
Aku nak tanya satu jer. Undang Luak Naning ni adakah gelaran yg sah dan dia dianggap pembesar negeri Melaka oleh kerajaan negeri Melaka dan kerajaan Persekutuan?...Jika tidak kenapa mereka ni bermaharajalela berbuat sesuka hati mereka.???
ReplyDelete