Luahan hati ahli Pas yang ternyata kecewa dengan Dyana.


Calon DAP PRK Teluk Intan Tidak Wajar Permainkan Agama!

Saya amat terkejut dengan penampilan calon DAP, Dyana Sofea dalam satu program anjuran PAS menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan semalam. Dyana Sofea yang telah disahkan Melayu Islam tiba-tiba memakai tudung dan menutup rambutnya ketika berhadapan dengan orang-orang PAS. 

Walhal, umum mengetahui dan telah banyak tersebar gambar-gambar beliau sebelum ini bahawa gadis ini memang tidak menutup auratnya.

Persoalannya kenapa Dyana perlu berlakon menutup aurat ketika dihadapan ustaz-ustaz PAS?. Beliau bukan Cina atau orang bukan Islam. Apakah demi politik PAS rela menggadaikan maruah agama?. Bila ditegur oleh UMNO BN mungkin akan dikatakan politik, tapi sekarang saya ingin menegur pemimpin PAS. 

Apakah anda sudah berubah, gara-gara Dyana seorang gadis cantik yang akan menjadi calon Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan ini?. Di mana maruah dan harga diri kita sebagai orang Islam yang tiba-tiba mahu seorang pemimpin wanita yang tidak menutup aurat.

Jika beliau berbangsa Tionghua, mungkin tidak menjadi masalah tapi dia Melayu.
Ibu Dyana pun Melayu Islam yang bertudung menutup Aurat.
Apa akan jadi dikemudian hari, jika dia sekejap buka sekejap tutup auratnya mengikut program tertentu.

Hadir ke program PAS, masjid atau surau tutup aurat. Kemudian dalam masa yang sama ditempat lain buka aurat. 

Saya tidak terlalu alim untuk bercakap agama, tapi bagi saya yang hak dan yang bathil itu perlu ditegakkan walau apa jua keadaan sekali pun. Maka itu, sarankan Dyana agar terus menutup aurat sampai bila-bila jika beliau benar pemimpin yang bermaruah.

Jika tidak, kenapa perlu beliau dianggat sebagai pemimpin bagi komuniti umat Islam?. Jelas sekali beliau menipu umat Islam sebenarnya.

-Luahan Ahli PAS

2 comments:

  1. Apa yang nak kecewa dengan budak perempuan mentah ini,dia belajar daripada pemimpin pas juga pi kampong melayu kata kita buat hudud pi tempat cina kata hudud bukan untuk cina, lepas tu pi ceramah dengan orang islam kita tentang siapa yang musuh islam , lepas bila duduk dengan kafir Dap dengan syaitan pun boleh kawan kalau saitan nak bantu-tok guru kata , sedar la sikit.

    ReplyDelete