Pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal Turut Kecoh! Perpecahan Mereka Semakin Kronik

Suasana semasa pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal Yang Berlangsung Di Dewan Simpang Tiga. Patutlah Pakatan sekarang biadap dan tak hormat dengan polis sebab mereka dah ada Polis Sendiri.

Alhamdulillah.Tiada suasana tegang dan kecoh sebagaimana yang aku laporkan sebelum ini di Balik Pulau. Pemilihan berjalan dengan baik dan agak terkawal dengan kehadiran Polis Pakatan Haram yg menjaga aturcara pemilihan dengan baik.

Cuma ada satu insiden perang mulut dan perbalahan sehingga mengejutkan ahli Pkr yang hadir. Calon Naib Ketua Cabang,Rizal Hamid telah dimarahi oleh Sanjeeviramah Calon Ketua Cabang yg tidak berpuas hati dengannya dimana Rizal dikatakan telah berkempen secara habis-habisan untuk dirinya sebagai Naib dan bagi pihak Dato Mansor Othman yang bertanding bagi jawatan ketua cabang di dalam dewan di atas.

Suasana agak kecoh dan bertegang leher pada masa itu sehinggalah ditenangkan oleh para hadirin yang hadir. Mengikut peraturan, tiada sebarang kempen dibenarkan di dalam dewan.

Untuk makluman, bagi jawatan ketua cabang, berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu Mansor, Sanjee dan Ust Makhtar(Timb Speaker Dewan Dun P.Pinang) yang merupakan penyandang bg jawatan tersebut.
Chegu Bard calon Pkr Sg Acheh yg kecewa turut hadir bg memberi sokongan moral.

Pemilihan Pkr cabang Nibong Tebal kali ini disifatkan paling sengit dan mengakibatkan perpecahan dan sikap berpuak-puak yang paling kronik sehingga masing-masing mempunyai line up tersendiri saling buruk memburuk di antara satu sama lain dan ada yang mendakwa berlakunya rasuah bagi membeli undi dalam pemilihan kali ini.

Team Ust Maktar merupakan penyokong Saipudin Nasution manakala team Yb Dato Mansor Ahli Parlimen Nibong Tebal dikatakan pro Azmin Ali.

Tunggu keputusan dan selamat berkubur PKR..

1 comment:

  1. hahahah..hang syok sendiri la kalu ingat PKR berkubur...hahaha...takpa angan2 mau tinggi..hehe

    ReplyDelete