Pengangguran di Malaysia antara terendah di dunia
KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran di negara ini menurun kepada 3.2 peratus dalam tempoh setahun bermula 1 Mei tahun lalu dan merupakan antara yang terendah di dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga telah mengambil kira keperluan tenaga kerja golongan muda yang semakin meningkat serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dengan melaksanakan gaji minimum serta menaikkan had umur persaraan kepada 60 tahun.
“Hari ini, pekerja kita menerima gaji yang setimpal, waktu kerja baik, keadaan kerja yang selamat dan persaraan yang dilindungi.
“Negara ini amat bertuah kerana mempunyai ekonomi yang berkembang maju sebagaimana yang dibuktikan melalui pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatat 4.7 peratus pada tahun lalu," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Pekerja yang disambut esok.
Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, dengan mengambil kira semua aspek keperluan rakyat, kerajaan komited untuk memodenkan undang-undang buruh negara sejajar dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi.
Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji semula Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi memboleh*kan lebih banyak resolusi yang cekap untuk menangani pemecatan yang tidak adil dan pertikaian perdagangan bagi memastikan penguatkuasaan berkesan oleh Mahkamah Perusahaan dan mengimbangi keperluan perniagaan dan hak pekerja menerusi rundingan damai.
“Selain itu, Akta Pekerjaan 1955 pada ketika ini juga sedang dikaji semula bagi memastikan undang-undang berkenaan adalah selaras dengan keperluan semasa majikan tempatan dan asing serta tenaga kerja sebuah negara industri," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agar hubungan antara kerajaan dan warga pekerja serta kesatuan-kesatuan pekerja akan menjadi bertambah baik.
Menurut beliau, kerajaan juga akan terus menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta jasa pekerja kepada kemajuan negara.
“Selain daripada keamanan yang wujud selama ini, sokongan dan sumbangan semua pihak terutamanya golongan pekerja kepada usaha dan dasar kerajaan juga adalah ‘tulang belakang’ kepada kemajuan negara selama ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja yang tekun bekerja untuk memacu negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi. Tanpa anda semua warga pekerja yang tekun dan berdedikasi, negara kita tidak mungkin dapat mencapai status negara maju menjelang 2020. Negara sangat menghargai sumbangan saudara-saudari semua," katanya.

Cerita macam ni puak2 tu akan soroh bawah kapet jer sebab akan memburukkan mereka kerana kerajaan bn cekap.
ReplyDeleteLagi satu cerita yg puak ni jaja satu malaya dulu ialah cerita minyak murah kat venuzuala. Tapi kalau tengok kat tv sekarang negara tu sedang dalam huru.hara