Pujian. Kerajaan DAP Pulau Pinang Model Terbaik Bela Nasib Rakyat Miskin. (With Video)

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli MajlisTertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata negeri Pulau Pinang adalah model terbaik kerajaan negeri yang benar-benar membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan.
Jelas beliau sudahlah rumah kos rendah sampai sekarang tidak kelihatan, para peniaga kecil-kecilan diganggu periuk nasi mereka kini nelayan pantai Jelutong pula terpaksa menanggung derita apabila menerima notis pengosongan.
Ini kerana tambah beliau nelayan di kawasan itu telah dihalau tanpa ada sebarang perbincangan atau diberi jaminan berhubung kelangsungan mata pencarian mereka.
“Saya memandang serius perkara ini. Seharusnya perlu ada perbincangan dan juga pampasan yang sepatutnya diberikan kepada para nelayan ini. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini seakan tidak menghargai dan menghormati hak asasi golongan nelayan ini.
“Mereka adalah antara kumpulan yang dilihat terjejas dengan adanya tindakan seumpama ini kerana inilah mata pencarian mereka. Sepatutnya kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan berkhemah dengan berbincang. Dan apakah tindakan altenatif sekiranya mereka ini diarah berpindah. Di manakah penempatan mereka seterusnya.
“Kalau ianya berlaku di negeri kerajaan BN, sudah tentu kita akan mengambil perhatian yang sangat serius dengan memberi pampasan serta alternatif lain agar mereka boleh terus mencari nafkah. Kita sama sekali tidak akan berlaku kejam dan zalim terhadap rakyat ,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Irmohizam yang juga merupakan  Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim apa yang terjadi ini sepatutnya membuka mata banyak pihak khususnya kepada rakyat secara keseluruhan.
“DAP sering melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa mengira kesannya kepada rakyat. Tuduhan mereka bahawa kerajaan pusat zalim dan tidak membela nasib rakyat sebenarnya menggambarkan parti mereka sendiri.
“Ini baru negeri Pulau Pinang. Bayangkan sekiranya mereka memerintah negara ini. Sepatutnya rakyat di Pulau Pinang bangkit untuk menyedarkan keangkuhan kerajaan DAP ini. Kita tidak mahu nasi menjadi bubur nanti baru mahu menyesal,” jelasnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment