Untuk menonton video ganas budak-budak perempuan tu, sila ke SINI dan jangan lupa like Page tersebut. Terima kasih aku ucapkan..
Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.-HM
Ya Allah, anak2 siapa ni semua, pertama kali dlm hidup melihat gini!
ReplyDeleteMohon siasat Dan ambil tindakan, ini terlalu melampau sekali. Boleh trauma human saja murid tu, saya sbgai ibu pun rasa begitu cemas melihat video ini!
Salah siapa? kalau PKR semua salah UMNO.
ReplyDeleteWhat the fuck!tak patut btul budak2 yg blasah girl tu.kesian girl tu.aku tngok pon naik geram!bukan pailang,but JALANG!!bdak2 mcm tu,should jst go to hell!!phak brwajib kna ambk tndkn.xblh biar bdk2 mcm ny.girl tu prlu dptkn keadilan.what u gve is wht u will get!
ReplyDeletenma ja bertudung tpi perangai mcm ntah pa2..mempermalukan agama islam je
ReplyDeletenasib baik bukan anak aku,kalau anak aku kena macham itu aku cari sampai lubang chaching ,pailang lawan pailang,
Inilah budak Melayu.... orang Cina dan India semua dekat sekolah berebut-rebut dapat jawatan tertinggi pengawas di sekolah dan kita orang Melayu ni? Konon penuh adat... agama Islam semua tapi nak konon tunjuk gengster. Hancur bangsa kita ni. Alhamdulillah sekolah saya tak jadi macam ini.
ReplyDelete