Anak saya Khaleef baru berusia hampir 6 bulan tetapi semalam dah dapat surat dari pejabat income tax - Bundeszentralamt für Steuern (Federal Central Tax Office)
Khaleef dah diberikan nombor pengenalan cukai yang akan digunakan seumur hidupnya (sekiranya Khaleef menetap di sini) untuk segala urusan percukaian.
Tengoklah betapa seriusnya kerajaan Jerman tentang cukai ini. Bayi yang belum cukup setahun pun dah diberikan nombor cukai.
Setiap rakyat Jerman atau sesiapa yang bekerja di sini tak kira tukang sapu sampah sekalipun tetap dikenakan cukai pendapatan.
Bayaran cukai dipotong terus melalui gaji setiap bulan sekitar 20-40% dari jumlah gaji kasar anda dan berdasarkan pendapatan dan skim percukaian anda.
Kalau gaji bulanan seorang pegawai bank berjumlah €3500 maka beliau hanya akan membawa pulang sekitar €2,000 euro sahaja.
Sekiranya anda seorang yang beragama kristian maka cukai gereja akan turut dipotong.
Selain itu potongan insurans peribadi juga perlu dibuat setiap bulan yang mana insurans peribadi adalah WAJIB dimiliki oleh setiap orang yang tinggal di Jerman kerana, sistem penjagaan kesihatan di sini menggunakan insurans utk membuat pembayaran.
Tanpa insurans peribadi (personal insurans) maka anda tidak boleh tinggal di Jerman kerana permit kerja, permit penduduk dan sebagainya tidak dapat dikeluarkan tanpa adanya insurans.
Jadi hampir separuh gaji dihabiskan untuk perkara2 tersebut.
Ini adalah kos yang perlu anda bayar untuk tinggal di sebuah negara maju dengan barangan serta kos hidup yang murah, bersih, bebas jenayah tanpa kes ragut, rompakan bersenjata dan sebagainya, highway takde speed limit, takde tol..roadtax pun takde...kereta pun murahhh.
Sanggupkah anda membayar cukai sebanyak itu di Malaysia bagi mendapat kemudahan seperti disini?
Saya berikan contoh potongan bagi seorang jurutera muda yang bujang dengan gaji berjumlah €3,500 sebulan seperti dibawah:
Baki gaji lepas tax tinggal €2092
lebih 40% tax ditolak dari gaji
sumber dari blog rakyat malaysia yg menetap di German
http://khairulabdullah.com/cukai-pen...man/#more-3330
Quote Pendapat Rakan Admin Yang Pernah Tinggal di Jerman:
Mgkin yg x duduk german x faham.
Aku kerja di sana pun faham. Income tax 40%. Gst brg elektrik 19%.. gst Baju etc... Kereta murah.. Minyak agak murah dibandingkan dgn gaji. Tapi maintenance mahal.. Aku buka bumper depan shj caj 80euro.. Klu top overhal..korang boleh pening kepala.. Hanya org yg betul2 ada duit pakai kereta.. Sewa rumah mahal.. Kebanyakan org hanya menyewa shj.. Gas utk heather + air..tiap2 bln byr dlm 200 euro..hjg tahun kena top up dlm 2000 euro.. Makanan laut ..haha..mahal..nak cari ikan..carilah ikan beku..hehe Ada baik dan buruknya.. Ramai juga rakyat german kerja di switz,belgium,netherland..sebab x larat byr tax... Dan sekarang german mengalami masalah duit benefits rakyatnya..demonstrasi juga brlaku.. Bnyak baik di Malaysia.. Aku dan 3 org anak..2 lahir di German.. Utk medical..perlu ambil insurance..bukan free..hehe..public insirance Klu korang dtg sana selepas umur 30thn..kena ambil private insurance yg mahal..hehe Kami sekeluarga amat faham.. Apa2pun...kami tetap katakan Malaysia still the best. |
Dah kata byk kali dah..mereka2 yg kutuk negara ini confirm tak pernah duduk lama kat oversea..
ReplyDeleteHalau Dapsters dan kuncunya tinggal di Jerman. Biar dia rasa mana lebih baik.
ReplyDeleteAda juga apek ini tak mahu jadi rakyat singapura kerana duduk di Malaysia bebas contohnya boleh menghasut. Kalau buat di singapura kena tangkap. Di Malaysia semasa raya cina boleh bakar mercun tapi di singapura tak boleh.
Ini yang dikatan hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri...bersyukurlah dengan apa yang ada dinegara kita, kemakmurang dan keamanan yang ada disini.... ramai manusia terutama pihak pembangkang beri betis nak paha...tak pernah puas hati dengan apa yang ada.....
ReplyDelete