Jurugambar terkilan pabila USM ambil fotonya sesuka hati..


BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri di rompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Itulah luhan hati seorang jurugambar, Nixon Lim, mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.

Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterimanya agak mengecewakan, malah menafikan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.

“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Bin Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang (Crop) oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.

“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan sewenang-wenangnya, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertangungjawab mengunakan karya orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.

“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.

Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP

Gambar milik Nixon yang dipecayai diguna pihak USM:








No comments:

Post a Comment