PEMILIK MCDONALD'S KELANTAN NAFI BAYAR ROYALTI PADA ISRAEL | Kempen boikot produk Israel sudah mula membimbangkan dan menampakkan hasil. Alasan demi alasan diberikan untuk meyakinkan semula umat islam khususnya orang melayu.
Terima kasih juga kepada non-muslim yang juga menyokong kempen boikot ini. Memalukan pula bila melihat orang islam yang sibuk berbaris panjang di premis-premis ini.
Persoalannya sekarang, benarkah McD Kelantan tidak membayar royalti kepada Israel? Jom kita baca info di bawah.
Boikot dan McDonald's (dan seumpamanya)
Bismillahirrahmanirrahim. Berikut adalah penilaian peribadi saya selaku francaisi McDonald’s Kelantan dan TIDAK mewakili McDonald’s Malaysia (Kerana saya bukan jurucakap syarikat korporat tersebut).
Kempen boikot
Ya! Saya sokong tindakan boikot sebagai salah satu cara meluahkan rasa tidak setuju terutama terhadap polisi dan tindakan sesebuah organisasi. Namun, tindakan boikot hendaklah berpaksikan kebenaran dan fakta.
Royalty Fees 5%
Dikatakan salah satu faktor yang “menghalalkan” kempen boikot jenama McDonald’s adalah kerana McDonald’s di Malaysia khususnya memberi sumbangan Royalty Fees sebanyak 5% kepada McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.
Kenapa perlu bayar Royalty Fees tersebut?
Melalui sistem perniagaan francais, yang mana francaisi perlu membayar royalti (kadang-kadang dikenali sebagai system fees atau service fees, bergantung kepada jenama sesebuah francais) kepada francaisor kerana menggunapakai sistem perniagaan mereka. Dalam sistem perniagaan McDonald’s, Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (dikenali sebagai francaisi) cawangan McDonald’s di seluruh dunia.
Adakah McDonald’s sahaja yang menggunakan sistem pembayaran royalti ini?
Tidak! Kebanyakan perniagaan berasaskan francais menggunakan sistem pembayaran royalti ini, cuma mungkin kadar peratusannya berbeza.
Jadi, McDonald’s di Malaysia (dan Kelantan) membayar Royalti Fees?
Ya! McDonald’s di Kelantan membayar royalti fees kepada McDonald’s Corporation. Begitu juga cawangan McDonald’s seluruh Malaysia, McDonald’s di Indonesia, McDonald’s di Arab Saudi, McDonald’s di Israel dan SEMUA cawangan McDonald’s di dunia.
Royalty Fees Disalurkan Kepada McDonald’s Israel?
TIDAK! McDonald’s di Israel BUKAN dimiliki oleh McDonald’s Corporation dan BUKAN juga anak syarikat McDonald’s Corporation. McDonald’s di Israel dipunyai 100% oleh syarikat tempatan (francaisi), dibawah nama syarikat Aloniel Limited. Pemilik Syarikat tersebut bernama Dr. Omri Padan dan beliau adalah warganegara Israel. Ini bermakna, McDonald’s di Israel membayar royalti KEPADA McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, SAMA keadaannya seperti McDonald’s di Kota Bharu (francaisi) membayar royalti kepada McDonald’s Corporation. Oleh itu, sebarang hasil royalti di Malaysia (terutama bagi syarikat yang dimiliki oleh francaisi di Malaysia) akan disalurkan kepada McDonald’s Corporation disebabkan hubungan dan sistem perniagaan FRANCAISI-FRANCAISOR tersebut.
Namun, pembayaran royalti berhenti setakat itu sahaja. McDonald’s di Malaysia TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Israel kerana McDonald’s di Israel adalah francaisi dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Corporation.
Jadi, hasil jualan (termasuk hasil royalti), tidak sampai ke negara Israel. Sepertimana juga dengan McDonald’s di Kelantan TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Kuala Terengganu (disebabkan seseorang francaisi tidak membayar royalti kepada francaisi yang lain).
Rujukan:
McDonald’s Corporation Sebagai Rakan Korporat Jewish United Fund (JUF)?
Cerita ini keluar setelah sebuah print screen ucapan "terima kasih" daripada JUF terhadap McDonald’s Corporation di atas sumbangan syarikat korporat tersebut tersebar luas. Print screen tersebut boleh dilihat disini : http://www.inminds.co.uk/mcdonalss-juf.jpg
Wallahu’alam, mungkin palsu, mungkin tidak.
Namun, menurut laporan kewangan tahunan (yang telah di audit oleh auditor bebas) di laman web JUF, di sini:http://www.juf.org/uploadedFiles/JUF...e_partners.pdf, McDonald’s TIDAK disenaraikan sebagai penyumbang utama atau rakan korporat terhadap pertubuhan JUF. Jika dilihat dari sudut weightage of evidence, bukti yang terkandung di dalam laporan tahunan tersebut lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan sekadar screenshot atau print screen yang sebelumnya.
Mungkin kita perlu lebih teliti tentang sesuatu fakta terutama di era media sosial seperti sekarang. Setuju atau tidak adalah hak masing-masing. Yang paling penting, orang awam terutama kanak-kanak, kaum wanita serta orang tua yang menjadi mangsa korban di Palestin, Burma, Syria dan dimana sahaja perlu dibela tanpa mengira agama bangsa dan negara.Wallahu'alam
-Mazeermohamad
Tapi USA kan penyumbang terbesar bantuan ketenteraan kepada Israel hasil cukai yang dibayar McDonald kepada kerajaan USA. Jadi kesimpulannya, boikot semua barangan USA dan lain2 Negara yang membantu Israel. Belilah barangan Buatan Malaysia.
ReplyDeleteBetul u kata xbantu tapi royalty 5% sama lah juga kerana di beri ke MCD corporate USA...pada dasar nya anda bagi wang juga kpd Israel kah...kah...kalu kaum india di amazon mungkin percaya tpi access internet didpn jari beb...
ReplyDeleteWajib boikot...semangat jihad 1Dunia
Deletetak kisah la, asalkan McDonald's di Malaysia ni saham terbesarnya adalah dari kaum Cina, aku tetap boikot juga
ReplyDeleteBoikot jer habis-habisan....
DeleteAKU SOKONG PENUH!!!
Tak makan pun xmati
DeleteKesian..tutup jer mekdee....buka keepci
ReplyDeleteYg 5% tu la amerika bagi kat israel...
ReplyDeleteDiorang masih nak berdalih la..
DeleteKalau Mc Donald sumbang kat Israel.. KFC pun smaa juga kan.. Ini pun francais jugak kan..Dan banyak lagi barangan atau perkihdmatan yang ada kaitan dengan US secara tak langsung boleh dikatakan menyumbang pada Israel kerana tindakan US yang menyokong Israel. Banyak barang kena boikot kalau macam tu.Yang nampak cuma kecik kecik je.. ada tak kita nampak yang besar besar.. contohnya.. beli kapal terbang Boeing tu.. tu kan ke barang US.. barangan IT buatan US pun banyak.. tak terhad pada Apple product je.. alang alang nak boikot.. kerajaan kena involve.. haramkan segala bentuk yang ada kaitan dengan US dan Israel.. termasuk juga service, consultation. Ada berani buat macam tu? Mmohon pencerahan..
ReplyDeleteBuat le sndri jenama Mlysia. Asyik nk bngga jenama luar.
ReplyDeleteKadang2 kita nie berdegar2 je nak boikot...senang cerita nak buat kena la buat btol2...setakat nak bengkrap kan McD tu mcm tikam kita balik sbb company tu pon bayar cukai kerajaan 20% hingga 25%...sama la mcm barangan yg lain...Tun M pon tak suruh boikot bodoh2 mcm tu. Kita kena bijak sikit laa. Apa2 yg berkaitan dgn negara...yg memberi cukai, pekerjaan dan manfaat kepada negara jgn la kacau. Boikot mende2 yg takde faedah mcm rokok...arak...judi..kerajaan pon tak kisah hilang cukai drp company2 mcm tu...Tutup pusat2 urut...jgn beli dadah...belajar rajin2 sampai IQ jadi sebijak yahudi...beli kereta proton...pakai minyak petronas...Utk pengetahuan, org2 melayu nie bila bab2 mcm suruh berhenti rokok dan jgn hisap dadah walaupon dah difatwakan haram takde pulak nak boikot. Mcm setan laa. Org yahudi tak hisap rokok...mmg kt israel tu takde yg hisap rokok tapi pemilik company rokok terbesar dlm dunia adalah yahudi...bleh blah laaa...aku tetap makan McD...KFC..sebab setiap untung McD, gomen dapat 25% cukai...
ReplyDelete