HSBC celaka! Apa yg perlu anda lakukan?
HSBC Penyokong Tegar Rejim Pengganas Israel
Alumni MISG US&CANADA ingin merakamkan kekesalannya dengan tindakan HSBC di United Kingdom yang menutup akaun orang Islam dan Pertubuhan Islam yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan mangsa keganasan di Gaza oleh Rejim Pengganas Israel seperti yang dilaporkan dalam http//m.bbc.co.uk/news/business-28553921 dan disiarkan oleh BBC News pada 30 July 2014.
Alumni MISG US&CANADA memandang serius akan tindakan tidak professional yang memberi pengertian bahawa HSBC adalah penyokong tegar rejim pengganas Israel dan justeru tidak membenarkan platform perbankannya digunakan pendepositnya sama ada Individu atau Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Kemanusiaan di United Kingdom seperti Masjid Finsbury Park, Cordoba Foundation dan Ummah Welfare Trust untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Rejim Pengganas Israel yang kebanyakannya terdiri dari orang awam, wanita dan kanak-kanak.
Justru itu, Alumni MISG US&CANADA menyeru rakyat dan syarikat-syarikat Malaysia yang cintakan keamanan sejagat yang mempunyai akaun termasuk akaun HSBC Amanah di HSBC Malaysia dan Singapura supaya:
1. Menutup dan menarik simpanan masing-masing dari bank tersebut dan deposit lah di bank-bank tempatan atau bank-bank antarabangsa lain.
2. Kami juga menyeru kepada rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit HSBC dan yang berurusniaga dengan HSBC dalam pelbagai perkhidmatan perbankan supaya mengambil tindakan yang sama sebagai bantahan kepada HSBC yang menyokong Israel dan berkemungkinan menyalurkan sebahagian keuntungan kepada rejim pengganas Israel yang kemudiannya digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.
3. Bagi mereka yang ingin membeli hartanah dan kenderaan, guna pilihan anda untuk menolak tawaran pinjaman dari HSBC sekiranya ia di antara panel bank yang disediakan penjual.
4. Bagi organisasi-organisasi, mohon kenakan larangan ke atas mana-mana jurujual yang datang untuk menjual mana-mana produk HSBC di premis anda.
Nyatakan kemarahan anda dengan merakamkan secara bertulis pada HSBC perkara-perkara berikut:
1. Kita kesal dan mengutuk tindakan HSBC menutup akaun mereka yang bergiat membantu penduduk Palestin di Gaza. Ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan hanya akan memarahkankan penderitaan mereka.
2. Kita semua bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan kita tidak lagi yakin HSBC mempunyai "selera untuk berurusan" dengan kita sepertimana yang berlaku di United Kingdom.
Alumni MISG US&CANADA juga menyeru Kerajaan Malaysia dan Bank Negara menimbangkan semula pemberian lesen perbankan, khususnya lesen perbankan Islam kepada HSBC. Ini supaya Kerajaan Malaysia tidak terpalit dengan sikap HSBC yang menyokong rejim pengganas Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Adalah tidak wajar sebuah bank yang bersubahat dengan Israel dalam menzalimi penduduk Palestin meraih keuntungan di atas nama perbankan Islam.
Yunus Tasim
Naib Presiden
Alumni MISG US&CANADA
31 Julai 2014
Di sini link berita berkenaan hsbc tutup bank account masjid dan badan kebajikan di UK
ReplyDeletehttp://www.dailymail.co.uk/news/article-2710884/Race-row-HSBC-accused-Islamaphobia-telling-two-Muslim-charities-close-accounts.htmlhttp://www.theguardian.com/world/2014/jul/30/hsbc-shuts-accounts-muslim-organisations-finsbury-park-mosque