KEMULIAAN HATI SALAH SEORANG MANGSA MH17 YANG BARU DIKETAHUI DI HARI PENGEBUMIAN..


MOGA BELIAU TERGOLONG DI KALANGAN AHLI SYURGA

 Ni cerita kawan aku, ianya sungguh menyayat hati mengenai bertapa mulianya hati salah seorang dari mangsa tragedi MH17.

 Kejadian ini dikatakan berlaku ketika majlis pengkebumian dua jenazah tragedi MH17; Allayarhamah Ariza Ghazalee (Ibu) dan Allahyarham Muhammad Afif Tambi di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya beberapa hari yang lepas.

 Semasa majlis tersebut berlangsung, semua hadirin termasuk ahli keluarga arwah agak terkejut dengan ketibaan sebuah bas bersama sekumpulan orang di tempat berkenaan.

 Rupa-rupanya mereka adalah ahli-ahli surau Batu 10 (Batu Kitang, Kuching) serta orang-orang kampung tersebut. Imam surau tersebut menerangkan kedatangan mereka ke sana untuk memberi penghormatan terakhir dan bersedekahkan Al Fatihah kepada keluarga lelaki yang pernah membantu surau Batu 10 beberapa tahun dulu.

 "Dua tahun lepas, ada seorang lelaki yang tidak dikenali pergi ke surau kami .. itulah kali pertama kali kami menemui lelaki berkenaan dan beliau telah menderma berbelas ribu ringgit (tanpa menyatakan jumlah sebenar) untuk memperbaiki surau kami."

 "Surau kami yang begitu daif kini sudah diperbaiki dengan wang sumbangan lelaki tersebut namun kami tidak pernah berjumpa dengannya lagi, kami hanya ingat wajah dan nama beliau sahaja."

 "Sehinggalah tradegi MH17, apabila wajah-wajah mangsa MH17 dari Sarawak di kenalpasti di TV dan suratkhabar, kami terus mengenali lelaki tersebut iaitu Tambi Jiee, suami kepada Allayarhamah Ariza Ghazalee dan Allahyarham Muhammad Afif Tambi yang di kuburkan hari ini."

 "Allahyarham Tambi Jiee lah menderma belasan ribu ringgit untuk surau kami," kata Imam tersebut lagi. Semua yang mendengar cerita imam berkenaan tidak dapat menahan airmata kesedihan (termasuk aku ketika menulis cerita ini).

 Allahyarhmah Ariza bersama suaminya Tambi Jiee, 49, dan semua anak mereka; Muhammad Afif, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 terkorban dalam tragedi pada 17 Julai lepas.

 Sehingga hari ini, hanya mayat dua anak beranak dari keluarga tersebut telah di kenalpasti dan selebihnya masih didalam proses pengecaman identiti dan DNA di Belanda.

 Sekiranya benar apa yang didakwa, alangkah mulianya hati Alahyarham Tambi Jiee kerana secara diam, secara senyap dan tanpa mengharapkan pujian beliau menderma wang untuk ke jalan Allah dan hanya setelah kematiannya saja yang mendedahkan segala kebaikan beliau.

 Semoga beliau dan ahli-ahli keluarganya ditempatkan pada golongan mereka yang beriman. Al Fatihah. Allahuallam. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment