Lelaki Pancut Air Mani Dalam Mulut Tunang Kini Diburu Dengan Ganjaran RM10,000 !


Lelaki Pancut Air Mani Dalam Mulut Tunang Kini Diburu Dengan Ganjaran RM10,000 - Menerusi portal Mynewshub, satu iklan dikongsikan seorang bapa yang sedang mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya dengan ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya menangkapnya.

Lelaki berkenaan diburu oleh keluarga wanita tersebut kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.

“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.

“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi status berkenaan.



Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.

Penulis tidak mengetahui secara jelas adakah iklan sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang tertera namun panggilan tidak dijawab.

Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.

“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,” katanya.

Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak jantan.

Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.

Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang dicari itu.

No comments:

Post a Comment