Luahan hati pelanggan yang makan di kiosk Ramly Burger.

Pic Hiasan

Malam semalam aku bersama dua rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik gmbr pakai kamera handset.

1) Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Bagus la. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek.

2) Den pun amik order.
“Bang, mintak 3 set oblong kambing. Yang set punya air tin Pepsi, nak tukar ke encik?”
“Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?”
“Tambah 50sen cik. Ini airnya” Sambil tunjuk ke kiri den.
Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. “Bagi je lah air mangga tu”
“Ok encik amik ni” Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.
“Ape ni?”
“Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti”

3) Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dlm. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.

4) Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order tgh byk tuh.

5) Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil nombir giliran yg den tgh pegang nih. Budak tuh asik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar

6) Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot.
Ini bukan fastfood beb. Kalau order oblong unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.

Bang, mana sos?”
“Tepi ni je bang” Sambil tunjuk bahagian kanan den.

Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa.

7) Besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal den dtg. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bg den. Mcm tu lah member. Ngeee…<

8) Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali.

9) Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?

10) Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.

11) Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :

- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger.

- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.

- Kentang goreng kasi sodap la bro.

- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.

- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood lain. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri.

- Sediokan wifi dan tv kpd customer.

- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!

- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee…

12) Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.

Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan kembali makan mekdi. Jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!

Sumber:eek.my

10 comments:

  1. Inilah "feedback" paling JUJUR dan BERASAS serta LOGIK. Ramly Burger sewajarnya merebut peluang menambahbaik kekurangan disaat boikot sedang membara. Teguran pelanggan bukan semua berniat nak kondem, tapi nak lihat perniagaan anda maju dan berdaya saing dgn jenama luar.

    ReplyDelete
  2. lebih kurang mcm aku gak le...bini aku dah lama ajak aku mkn kat ramly ni...tiba ada masa terluang...aku pun pegi le ngan bini dan anak anak aku pegi ramly kat lrt seri rampai...kitaorg berempat naik moto ego yg lama ke sana...sampai dalam 11 lebih pagi...memang le rasa seronok masa sampai tu...tapi bila amik order kat kaunter...pekerja tu boleh lak kata stok takde lagi...barang2 sampai petang...pas tu dia kata apa yg ada kat dlm bekas kaca tu je leh yang ada...nugettt!!!!!cuma ada nuget jeeee....woiiiii!! kat umah aku pun ada nuget ramly gak!baik goreng je yg kat umah tuu tak payah susah susah dtg situuu!bini aku secara spontan merungut...mcm ni le org melayu meniaga...mmmmmmm

    azhar...

    ReplyDelete
  3. jadi sebenarnya... yahudi tulah penganut islam tulen sbbnya bila bekerja telus.. istiqamah... yakin... tepat.. quality segala terjaga... yg terbaik

    ReplyDelete
  4. den totap makan Mekdi, Hahaha sodap murah dan bersih

    ReplyDelete
  5. Tahniah Admin
    Komen yang jujur dan disertakan dengan alternatif apa yang perlu dilakukan. Ini barulah komen membina.

    Tahniah

    ReplyDelete
  6. Tapi kiosk kat lrt seri rampai ok ada kala kena tunggu lama sikit terutama tempura nugget paling ramai yg order

    ReplyDelete
  7. Nak banding McD dan KFC dah berpuluh tahun, mana boleh fight. kalau nak tau, 60 tahun dulu McD pun gini gak.
    lagipun Ramly bukan fastfood, dia jual makanan siap bisnes sambilan je. Konsep baru. Jangan la komplen je. Tolong sekali.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....
    Saya nak bgtau jer kualiti makan kat kiosk ramli burger kt LRT Pandan Indah semalam 14.12.2014. So far service ok..cepat. set saya staff x bagi kentang nasib baik perasan... pastu lak air pesan mangga ada tambahan duit..xpela asal x minum pepsi...tapi yang dapat air kordial mangga siap kat dalam cawan tu ada pewarna yang melekat tu... daging burger lak macam mentah...nak makan pun takut sakit perut....suami pun komen burger ramli paling famous dari dulu sampai sekarang...harga memang murah tapi x puas hati...nak makan pun terpaksa jer.... Apa kata ramli burger buat produk baru Burger Bakar Ramli .. biarla mahal tapi sedap dan kualiti... maafla bukan nak hancurkan bisnes kaum melayu tapi boleh improve lagi..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....
    Saya nak bgtau jer kualiti makan kat kiosk ramli burger kt LRT Pandan Indah semalam 14.12.2014. So far service ok..cepat. set saya staff x bagi kentang nasib baik perasan... pastu lak air pesan mangga ada tambahan duit..xpela asal x minum pepsi...tapi yang dapat air kordial mangga siap kat dalam cawan tu ada pewarna yang melekat tu... daging burger lak macam mentah...nak makan pun takut sakit perut....suami pun komen burger ramli paling famous dari dulu sampai sekarang...harga memang murah tapi x puas hati...nak makan pun terpaksa jer.... Apa kata ramli burger buat produk baru Burger Bakar Ramli .. biarla mahal tapi sedap dan kualiti... maafla bukan nak hancurkan bisnes kaum melayu tapi boleh improve lagi..

    ReplyDelete
  10. salam,sy bukan pekerja ramly,tp ada family yg bekerja kt kiosk ramly. Actually ramly xletak pape kt burger dia tu mcm syur,mayo apa semua tu sbb dia nk kekalkan rasa daging burger ramly.Nak suruh customer rasa rempah ratus yg dia guna dalam daging ramly tu. Tu sbb dia letak sayur secebis jek. Kan ramly terkenal dgn daging burger dia . Mcm mcd ,dia bkn pengeluar dging burger .

    ReplyDelete