Proton Airiz/Iriz Bakal muncul di pasaran! Jom terjah!


SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan dalam masa terdekat model kompak pertamanya dengan kod nama PCC. Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.

 PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

 Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.

 Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

 "PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.

 PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam. Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.

 PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.

 "Harga dan spesifikasi lain akan diumumkan pada pelancaran PCC tidak lama lagi," katanya sambil menambah PCC bukannya model yang menggantikan model Savvy sebaliknya segmen baharu bagi Proton.

 Mengikut Abdul Rashid, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton.

 Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010.

7 comments:

  1. Harga biar berpatutan ,

    ReplyDelete
  2. CHEH BILA BAB PROTON JE.....HARGA BIAR BERPATUTAN....AKU DAH PAKAI 3 JENIS PROTON ....KERETA PERTAMA SAGA 1991....KEDUA SATRIA 1996...KETIGA WIRA AEROBACK 2006...ALHAMDULILLAH....SEMUA OK SAMPAI SEKARANG....ROSAK SIKIT2 BIASA LA...MANUSIA PUN ADA SAKIT DEMAM....YG PALING DIHEBOH TINGKAP PROTON....MEMANG PUN TAPI BOLEH DIUPGRADEP.....ENGINE MMG TERBAIK....TAHAN LASAK....SAGA 1991 SAMPAI SEKARANG AKU BERANI DRIVE DARI N9 KE KELANTAN DLM MASA 24 JAM....TAK DE MODIFIED PUN....BERBEZA PERODUA SENANG2 JE DAPAT GERAN KERETA NASIONAL....SEDANGKAN PROTON TERPAKSA BELANJA BERBILLION2 UTK CAPAI TAHAP SEKARANG....HANGIN JUGAK SATU BADAN BILA RAMAI YG SURUH MANSUH AP....LU ORG FIKIR TAK....AGAK2 NEGARA LUAR BOLEH SENANG2 TERIMA KERETA2 JENAMA LUAR MASUK NEGARA MEREKA....TEST G BRITAIN, PERANCHIS, US ETC....KERENAH BIROKRASI JE LU DAH TAK TAHAN....BELUM LAGI MELIBATKAN DUIT RINGGIT.....MALAYSIA JE NEGARA YG SANGAT2 BAIK HATI DAN DERMAWAN !!!

    ReplyDelete
  3. Betul tu bro..proton tetap terbaik

    ReplyDelete
  4. Anon August 23, 2014 at 12:07 PM

    yes btoi tuh..tp malang ramai melayu2 kat mesia nih jnih kuat komplen x kena tempat.. cuba depa p duduk negara yg konon2 nya keta murah tu, tah buley tahan ke dak idup kat sana diaorg tuh..

    ReplyDelete
  5. Proton yang undefeated adalah handling. Handling setajam mata pisau. Even better dari BMW, Merc, Toyota, Honda dll. Cornering dia memang best. Boleh letak dua2 tangan secara firm di wtas steering. Allignment tak payah buat. Langgar lubang alignment tak lari. Cuma yg lepas2, external kurang menarik. Kalau external macam Elantra baru best. Orang tak beli Proton sebab design external tak cantik. Lain2 semua ok.

    ReplyDelete
  6. betul tu rosak sikit2 adat la.. yang dok kondem ni cina 'Malaysia'! yang nak perjatuh proton pun cina 'Malaysia'.. tetapi mengaku rakyat 'Malaysia'.. tak ada sifat patriotik langsung..

    ReplyDelete
  7. Kau orang meroyan ke? Pak menteri pun tak nak pakai proton.Rasionalnya orang yang mampu tak akan pakai proton.Kau orang kalau mampupun akan pakai keta selain proton. Terimalah kenyataan dan berpijak di bumi nyata. Pernah pakai keta selain proton ke? Rasailah perbezaannya.

    ReplyDelete