Banduan dalam penjara pun benci dengan penderhaka raja! Rejimen Anarki dibelasah. Sempoii..



Michelle Yesudas barangkali sedang mencari-cari idea terbaik untuk melepaskan Ali bin Jalil atau lebih dikenali dan cukup popular dengan nama REJIMEN ANARKI. Sebelum ini, keluarga Ali bin Jalil enggan menjaminnya setelah mendapat tahu, Ali sedang didendami di Johor. Malah memberi alasan keengganan mereka untuk menjamin Ali dengan alasan keselamatan.

Dilaporkan, Ali bin Abdul Jalil dibelasah di dalam penjara oleh banduan-banduan menyebabkan keluarganya menyalahkan pihak penjara kerana tidak menjaga Ali bin Abdul Jalil.

Menariknya, mereka tidak pula menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga Ali bin Abdul Jalil daripada mengeluarkan pelbagai pendapat subversif yang menyebabkan dia berhadapan dengan tindakan undang-undang. Bahkan kakaknya pula menganggap Kerajaan Bodoh dan Undang-Undang Bodoh kerana menangkap dan menghadapkan Ali bin Abdul Jalil untuk tindakan undang-undang.

Ali bin Abdul Jalil berhadapan dengan lapan pertuduhan melakukan hasutan dan subversif. Penganut ajaran Sosialisme itu sebelum ini cuba menafikan yang dia adalah Rejimen Anarki setelah beberapa kali ditangkap. Malah turut menggunakan abangnya, Ahmad Abdul Jalil untuk mewujudkan alibi bagi membela diri, sekaligus menyanggah bahawa dia adalah Rejimen Anarki yang dicari-cari oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beberapa bukti yang disimpannya secara tidak sengaja menunjukkan dia adalah Rejimen Anarki!

1 comment:

  1. Budak ni mmg banggang nak mampos..berlagak nak jadi wira dgn menghina raja..

    ReplyDelete