Pic hiasan |
MAMPU TELAN AIR LIUR SAHAJA dan MENITIS AIR MATA AJA.
Saya terkenang semasa hidup saya sebagai seorang constable polis. Semasa Hari Raya, aku terpaksa berdiri pacak di rumah seorang pegawai polis yang berpangkat tinggi kerana menjaga keselamatan rumah nya. Seorang sentry.
Ku hanya mampu memandang keriuhan orang ramai bertandang ke rumah nya dna hanya KU MAMPU MENGHIDU KEENAKKAN BAU SATAY yang di bakar.
Ketawa riang ria di dengar dengan salam Selamat Hari Raya. Tetapi aku yang berdiri kaku dan terpacak di rumah nya hanya mampu menelan air liur aja.
TIDAK ADA SE CAWAN AIR PUN DI BERIKAN KEPADA KAMI ANGGOTA PANGKAT RENDAH. TIDAK DI PEDULIKAN LANGSUNG. TIDAK DI BERIKAN AIR SETEGUK. KITA ANGGOTA PANGKAT RENDAH DI PANDANG HINA. DI PANDANG SIAL. DI PANDANG TIDAK BERGUNA.
Aku pada masa itu bukan minta sangat air , tetapi aku minta bahawa pegawai tinggi polis itu sedar, kerana kami lah anggota pangkat rendah, maka beliau dapat tidur enak dan selamat. Kerana kamni lah tugas akan selesai.
Sampai hari ini aku tak RESPECT pegawai polis pangkat tinggi itu. Aku tak mahu namakan dia.
Dia dah pencen pun sekarang dan dah tua tetapi kebencian aku terhadap perangai nya masih berkobar kobar sehingga hari ini kerana aku tidak di beri secawan minuman di pagi Raya dan di pandang hina.
-SUMBER
*Mungkin ini hanya kes terpencil sahaja. Ramai lagi pegawai utama Polis peringkat tinggi yang humble serta amat mesra dan mudah didekati.
Salam.
ReplyDeleteYa mungkin ini 'isolated case' sahaja. Kes terpencil. Biarlah individu tersebut dengan caranya sendiri.Satu hari nanti dia akan sedar sendiri. Yang penting anda telah jalankan tugas anda dengan selamat dan ikhlas. Allah akan balas kebaikan anda. Di dalam setiap negara, setiap budaya, setiap bangsa, setiap jabatan dan kementerian, pasukan beruniform atau awam, atau swasta, ada segelintir manusia yang berperangai macam ni. Jangan ambil kisah sangat , teruskan kehidupan anda , majukan diri ke hadapan, buat segala urusan dunia ini kerana Allah semata mata, dengan niat ikhlas dan jujur, demi keluarga dan diri anda. Pangkat dan darjat mungkin dipandang di dunia sahaja, namun iman dan ibadat serta amal soleh kita juga yang dihisab di akhirat. Lupakan yang sudah sudah, move on brother. Wassalam.
Ikhlas,
Pesara Tentera
penyakit ini memang berlaku dan masih berlaku , samada dalam ATm atau PDRM ,budaya mengarah anggota pangkat rendah berkawal atau mengawal sesuatu majilis atau kediaman adalah lumrah , dan ianya dibiarkan berleluasa ...
ReplyDeletesoalnya, ketika anggota berkawal , tak adakah secebis perasaan kasihan atau terhutang budi padanya ? dia adalah manusia yg punya perasaan lapar da haus dahaga , dia manusia biasa yg ada rasa letih panas dan sejuk! dia bukan robot atau binatang ..
bukan satu rahsia , dikalangan tentera atau polis , ramai pegawai yang memang ego sombong , ramai pegawai yag tidak pernah mahu memikirkan orang lain , dia hanya fikir diri sendiri ..enak lazat sendiri, orang lain mampus derita peduli apa !
bukan itu sahaja, ada seribu satu lagi kejelikan perangai pegawai samada dalam ATM atau PDRM , orang awam tak akan tahu cerita ini , kerana kes dan berita cerita sebegini hanya akan berlegar sesama anggota dalam kem ,
isteri pegawai pun apa kurangnya, ada isteri pegawai terlebih sudu dari kuah , yang berlagak nak mampus itu ramai, yang perasan lawa itu melambak , yg gunakan nama laki sebagai modal menipu pun ada, yg gila minta dilayan diberi pelbagai keistimewaan pun ada ,
aku menyampah dengan manusia2 begini !!
Bukan dalam pdrm dan atm je. Kat mana2 pun sama. Takkan tak perasan kot?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerangai protokol dan berpangkat melayu. Itu kenapa dalam keadaan bangsa sendiri di biarkan terkial-kial ! Segala permasaalahan melayu di pandang remeh, tidak produktif, malas dan 1001 macam perkara bodoh di hempaokan kepada melayu.
ReplyDeleteBerbanding bangsa lain, walau minoriti, berpolitik , berekonomi itu menjadi penyebab utama menjaga penuh komuniti mereka. Jika bangsa mereka melakukan salah besar depan mata, mereka tetap berdiri teguh di hadapan penjenayah ini melawan kerajaan. Dari segi kebajikan, mereka amalkan sepenuh nya sokongan padu dapat di manipulasi.
Kilang besar Jepun, kita saksikan CEO atau MD nya boleh sahaja secara terus berinteraksi dengan pekerja paling bawah. Itu aset terpenting nya di samping mesin-mesi canggih.
Bangsa kita Melayu, semakin di musnahkan dari perangai jelik berfikiran konon nya hebat dan terpilih. Hakikat nya, mereka semua bergantung penuh dari penat jerih melayu lain. Kes terpencil satu hal, tetapi kesedaran diri sebagai contoh untuk di sebar sejagat, hampir tiada berlaku kecuali paparan keburukan sahaja.
Melayu MESTI berubah dan di ubah menepati SAUDARA SEISLAM ! Ini JEMAAH yang mesti di bina-padu. Bersatu teguh, bercerai roboh....
kita bekerja kerana Allah...janganlah hanya kerana secawan air kita menanam kebencian yang sangat dibenci Allah...lagipunkan anda dalam waktu bertugas...nanti apa pandangan masyarakat polis yang sedang bertugas enak menjamu selera seperti tetamu lain...sedangkan tugas anda mengawal situasi disitu...fikir-fikirkan lah...jangan terlalu mencari kesalahan oranglain...banyakkan muhasabah diri...masih banyak ilmu yang perlu digali...ganjaran Allah jauh lebih besar dari secawan air...
ReplyDeleteTp yg dia citer ni dlm suasana hari raya. Bkn tugas rasmi mcm biasa..Blh kot pelawa secawan air..xsalah rasanya..
ReplyDeleteaku waktu itu masih kecil sekolah rendah
ReplyDeleteaku masih ingat datuk sedara aku abg uwan aku gobner melaka ,juga bekas mentri besar n9 pertama
jika dia puland ke kg ,rembau berescort satu land rover polis tapi bila makan DIA pastikan pengiringnya diberi makan
seorg pembesar yg humble
aku waktu itu masih kecil sekolah rendah
ReplyDeleteaku masih ingat datuk sedara aku abg uwan aku gobner melaka ,juga bekas mentri besar n9 pertama
jika dia puland ke kg ,rembau berescort satu land rover polis tapi bila makan DIA pastikan pengiringnya diberi makan
seorg pembesar yg humble
kat mesia ni payah nak jumpa manusia yg merendah diri.... nak tengok ramai pi jepun laaa... pi south korea nunnn...
ReplyDeletelepas kita isi minyak keta dorang siap tunduk hormat ucap terima kasih beb.... siap anto sampai tepi jalan.... kat sana lah kita boleh lihat akan sifat2 ikhlas, yakin n fokus dlm melaksanakan tanggungjawab....
Sebagai orang awam saya melihat anggota ATM dan polis mesti menjaga jati diri dan disiplin yang tinggi. Setiap anggota mesti ikut perintah, walaupun seteruk mana tugas yang diberi dilakukan tanpa soal. Ini protocol dan disiplin. Jangan personal layanan dari superior semasa bertugas. Perkara disiplin dan protocol jangan di confuse dengan tidak dapat layanan. Tugas tetap tugas dan ini adalah universal....everywhere in the world. Kalau nak kan layanan semasa jalankan tugas keselamatan, jadi lah anggota RELA.
ReplyDeleteBila dah jadi pegawai tinggi haruskah perasaan kemanusiaan itu hilang..protocol jgn sampai jadi prokontol..malulah melayu protocol sgt jadilah macam mb ns dan kedah yg tak byak protocol pergi rumah kahwin pun tak mahu dilayan..pemimpin macam ni yang kalau kita akan jadi org bawah kerja dgn ikhlas..tak macam Pegawai polis di atas..seeloknya nyatakan siapa pegawai tu
ReplyDeleteAda pengalaman kenalan pasang Astro kt umah cina ni org penting gak kt Msia ni, umah besar giler, baik sgt cina tu layan dia, merendah diri & x bossy,hormat keje orglain, dh siap pasang cina tu bagi duit minum lg,ucap tkasih & hargai keje org tu. Kt Msia ni, ramai mlayu yg perasan mcm dia je yg kaya.
ReplyDelete