Alza dan Myvi Ada Masalah? Ini Penjelasan Perodua..


Berdasarkan kepada artikel aku sebelum ini, aku ingin pohon maaf kepada semua pihak terutamanya Perodua jika ada perkara yang tak betul telah disiarkan.

Disini aku kongsikan penerangan dari Perodua untuk menepis tohmahan tersebut.


[AUTA] BEBERAPA keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

[FAKTA] PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.

Salam, rasa terpanggil nak bagi komen, bukan nak support perodua ke apa, tapi just my current experience sbgi engineer assembly car. 

Rear axle mostly pakai at least 4 pcs bolt dengan length range around 600-800mm dengan nilai torque 150Nm ke atas, dan untuk setiap kali proses self-tightening-thread, means bolt akan buat thread pd body kereta utk make sure strength of tightening bolt pd body sangat2 kuat utk menampung beban rear axle berbanding dengan thread yang dibuat dgn tap. 

Dan setiap proses tu tak guna fizikal strength operator semata2, tapi dibuat menggunakan alat either Tool Cart or automation robotic yang canggih macam jepun buat kereta. Lepas semua proses follow sequence, qc or qm akan buat checking guna torque checker atau y lebih canggih lg guna automation robatic torque detector. Bukan sekali, tapi lebih dari 3x utk make sure safety pd customer. 

So agak menghampakan bila ada hamba Allah, ahli2 keyboard warrior membash, kutuk, malah menafikan kereta buatan perodua ni. Sy nasihatkan, dtglah visit kilang2 kereta mcm Proton or Perodua dan fahami setiap proses y dibuat sebelum judge dan blaming mereka. Nak nasihat suruh berhati2 tu bagus, tapi biar sumbernya kita sahih. Baru orang percaya dgn apa y kita bgtau. Just my 2 cents. Wallahua'lam.

As salam, berkenaan penyebaran gambar dan mesej viral berkenaan Alza dan myvi yg tercabut suspension belalakang. 
Berikut adalah penjelasannya:

Alza; kenderaan terbabit dgn kemalangan, bukan tercabut ketika pandu. Kereta ada di bengkel Perodua. Pemilik sangat marah dgn penyebar berita palsu.

Myvi; kenderaan telah di modifikasi sendiri oleh pemilik. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah. Tercabut mungkin sebab pemasangan yg tidak sempurna



1 comment:

  1. Setuju sangat. Lain kali siasat dulu sebelum suka suka komen. Melampau pulak tu. Kalau kereta proton atau perodua yang kena macam macam orang kutuk. Walaupun perodua tu 51% Daihatsu pegang.. (kalau tak salah) tapi masih lagi kita kenal sebagai jenama Malaysia. Saya sendiri dah pakai Alza 4 tahun lebih. Ulang alik KL - Penang so far takde masalah.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete