KENALI SIAPA TAN SRI SHAFIEE ABDULLAH (Pendakwaraya Kes Liwat Anwar-Saiful)
PENEMUAN BARU
Hujah TS Shafiee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib DS Anwar Ibrahim.
Adakah TS Shafiee akan mengemukakan penemuan baharu berhubung perbicaraan ini berbanding pasukan peguambela yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?
Para peguam DS Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ianya adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar. Tambahan pula ramai pengamal undang-undang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam DS Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.
DS Anwar sangat gerun kepada TS Shafiee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah DS Anwar yang tidak difahami oleh TS Shafiee.
"Saya lebih kenal DS Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir"; demikian kata TS Shafiee.
Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan TS Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen TS Shafee tetapi beliau sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.
Anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada TS Shafiee melalui orang ketiga. Beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang diamalkannya.
Maka tiada siapa mampu mencuba belinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa. DS Anwar tahu hal ini, kerana itu DS Anwar berusaha membatalkan TS Shafiee daripada menjadi pendakwaraya.
10,000 patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal DS Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan yang dikeluarkan oleh TS Shafiee.
Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hak hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada DS Anwar atau kepada Saiful.
Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes DS Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.
Ianya bukan soal siapa kalah siapa menang. Rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.
Kalah atau menang adalah di luar kuasa kita sebgai hambaNya tetapi insya Allah berkat ketulusan TS Shafiee menentang yang mungkar kemenangan akn memihak pada yang benar.
tak sanggup aku..Nabi tak mengaku Umat..
ReplyDeleteaku ingat bangun awal nak solat sunat tajahud ke solat sunat taubat ke? Ingat 2 daripada 3 hakim atau peguam akan ke neraka, hanya satu je ke syurga...
ReplyDeleterajin pecacai free ni dok goreng Shafee,,kah kah kah kah kah
ReplyDelete