Sekolah Vernakular tiada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 152 Perlembagaan hanya membenarkan belajar dan mengajar dalam bahasa ibunda kaum-kaum lain tetapi bukan sampai menubuhkan sekolah.
Seksyen 28 Akta Pendidikan yang memberikan kuasa kepada Menteri untuk menubuhkan sekolah jenis kebangsaan adalah jelas bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Jika bertentangan dengan Perlembagaan, menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, peruntukan seksyen 28 Akta pendidikan itu adalah tidak sah dan terbatal.
Untuk membatalkannya, Kerajaan perlu atas inisiatifnya sendiri dengan serta merta memberhentikan penubuhan sekolah jenis kebangsaan dan menukar taraf sjk sedia ada kepada sekolah kebangsaan.
Atau secara alternatifnya, jika kerajaan tiada keberanian untuk melakukan inisiatif ini, Kerajaan boleh di saman oleh Warganegara Malaysia melalui proses Semakan kehakiman dan Mahkamah yang akan membuat keputusan dengan mentafsirkan perkara 152 Perlembagaan itu di baca bersama Seksyen 28 Akta pendidikan dan Perkara 4(1) Perlembagaan.
No comments:
Post a Comment