Penjelasan Punca Sebenar Langit Gelap di Mekah Ketika Waktu Tengahari
Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.
Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah. Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah.
Penularan mesej dan video ini telah menimbulkan perasaan takut sesetengah orang Islam di Malaysia sehingga ada yang mengatakan Kiamat hampir tiba. Memanglah Kiamat semakin hari semakin dekat dengan kita, takkanlah pula semakin jauh. Tetapi perlu diingat penyebaran perkara-perkara seperti ini bertujuan untuk menakut-nakutkan adalah salah. - Siakapkeli.com.my
Semua kejadian walaupun ribut adalah dtg Allah jua. Allah bekerja dlm rahsia yg tidak ketahui. Hakikat tiap yg jadi punya hikmahnya sndiri. Mgkin juga bkn bertujuan untuk menakutkan tp boleh kita ambil sbg petunjuk. Wallahualam.
ReplyDelete