PKR Jahanam Ditimpa Bala di Borneo Pabila Adun yang masih sihat letak jawatan & Pengasas PKR Keluar Parti.
Adun Inanam PKR Sabah, Roland Chia dilaporkan telah sah letak jawatan kononnya atas faktor kesihatan
Tapi yang anehnya, Dr Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat YB zmin Ali. Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian.
Sebaliknya Anwar melantik Dato Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan. Ini kes kurang kasih sayang, tindakan beliau mengumumkan akan meletak jawatan dipercayai kerana mengharapkan Azmin melantik beliau dlm GLC Kerajaan Selangor.
Pengasas PKR Sarawak Keluar Parti
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak hari ini menerima tamparan hebat apabila salah seorang pengasasnya mengumumkan keluar parti.
Idris Bohari, 52 tahun, merupakan Setiausaha Eksekutif pertama parti tersebut di negeri ini dan pernah bertanding atas tiket PKR di Parlimen Saratok dan Santubong.
Sebelum menyertai politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Daerah Kuching sebelum berhenti untuk menyertai syarikat swasta.
Idris yang kini Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya mengumumkan peletakan jawatan tersebut dalam surat yang beliau tandatangani sendiri dan akan diserahkan kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Haji Baharuddin Datuk Mokhsein, esok.
Menurutnya, tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan akan melupakan politik pembangkang.
" Saya akan aktif untuk membantu mana-mana badan bukan kerajaan sebagai wadah perjuangan yang baru selain memberk sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan negeri yang sedia ada.
" Saya mengenali dan kagum akan kepimpinan telus dan berterus-terang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan," katanya dalam pertemuan secara eksklusif bersama BH di sini pagi ini.
Beliau juga kecewa dengan pergolakan dalaman dalam parti itu yang mengheret perpecahan yang ketara.
" Saya percaya lebih ramai akan mengikuti penghijrahan ini selepas ini kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku."
Idris mengakui terdapat pemimpin kanan PKR cuba memujuknya untuk menarik balik keputusan itu, namun beliau tetap dengan keputusan tersebut.
" Saya orang perjuangan. Tetapi kalau perjuangan kita tidak dinilai secara baik oleh platform yang sedia ada, wajar untuk kita mencari platform yang lain. Yang penting perjuangan perlu dilunaskan," tambahnya.
Katanya, kekecewaan lain adalah tumpuan yang tidak serius oleh pimpinan parti pembangkang itu terhadap keperluan parti di peringkat cabang dan kebajikan ahli-ahlinya terabai.
Ditanya tentang perbicaraan dan keputusan kes liwat Penasihat Umum PKR itu pada esok hari, Idris yang pernah menjadi orang kanan Dato Seri Anwar Ibrahim di Sarawak berkata, sukar untuk beliau melepaskan diri pada kali ini.
" Apa jua keputusannya, ia akan menambah retak dalam parti tersebut. Jika kalah, ia akan menambah sukar bagi mereka.
" Tiada lagi perjuangan untuk membebaskan Anwar seperti sebelum ini kerana rakyat sudah bijak menilai yang baik dan yang buruk. Sudah mampu menilai agenda dan perbohongan," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Datuk Daud Abdul Rahman ketika ditemui berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Idris itu.
" Kita tidak mahu ini sebagai sandiwara politik. Kalau ikhlas dan bersungguh, kita terima mereka yang keluar ini sebagai rakan perjuangan.
" Tetapi mereka harus membuktikannya dalam pilihanraya yang akan datang.
" Buktikan bahawa mereka menyokong pendirian dan perjuangan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Adenan Satem yang sentiasa berusaha membantu menaiktarafkan rakyat, terutama di luar bandar."-BH
No comments:
Post a Comment