Di mahkamah, penyakit pelupa LGE makin menjadi-jadi!
Hari ini, tanpa banyak publisiti yang diberikan, malah para pecacai dan RBA juga senyap sunyi, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang bersoal jawab di Mahkamah Tinggi berhubung saman membabitkan Kampung Buah Pala yang telah dimusnahkan beberapa tahun dahulu.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku sepanjang perbicaraan tersebut terutama sekali apabila Lim Guan Eng cuba menggunakan taktik 'TIDAK INGAT', 'TERLUPA', 'TIDAK TAHU' dan sebagainya yang seringkali kita dengar kalau orang sepertinya terkantoi.
Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Guan Eng memberitahu yang dia tidak tahu janji-janji yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam usaha penduduk menyelamatkan Kampung Buah Pala. Menurutnya, dia tidak pernah tahu bahawa pada PRU tahun 2008, Anwar Ibrahim telah membuat janji itu kepada penduduk.
"Saya tidak tahu," kata Guan Eng ketika ditanya oleh peguam Baljit Singh semasa pemeriksaan balas
dalam saman Lim Guan Eng ke atas Profesor Dr. Jimmy Lim Cheok Siang, dari Free Malaysian Today dan wartawannya, Athi Shankar.
Baljit yang mewakili Jimmy Lim bertanyakan Ketua Menteri itu apakah dia sedar dan tahu tentang janji-janji serta ikrar Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala, yang khabarnya berusia 200 tahun dan lebih dikenali sebagai 'Tamil High Chaparral'.
Baljit kemudiannya mengingatkan semula Guan Eng tentang janji-janji Anwar Ibrahim kepada para penduduk Kampung Buah Pala yang mereka akan dapat menyelamatkan kampung mereka daripada dimusnahkan sekiranya pakatan pembangkan PKR-DAP-PAS berjaya merampas Pulau Pinang dari Barisan Nasional pada PRU-12 tahun 2008.
Pakatan pembangkang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional. Tetapi janji-janji yang dibuat tidak pernah ditepati.
Ikrar dan janji Anwar Ibrahim menjadi isu besar ketika Kampung Buah Pala hendak dimusnahkan dengan klip video menunjukkan Ketua Umum PKR Itu membuat janji dengan meletakkan tangannya di atas kepala seorang tua kampung berkenaan. -Tok Guru.
No comments:
Post a Comment