Guan Eng kembali lagi dengan lidah biawaknya..
Dari akhbar bahasa Cina: Guan Eng sifatkan cadangan melantik Ahli Majlis PBT melalui pemilihan sebagai satu cadangan yang bodoh.
Apakah Guan Eng sudah lupa?
Pada bulan Mei 2012, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012, yang memperuntukkan supaya Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Enakmen ini telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk semakan kehakiman dan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan enakmen ini tidak sah laku kerana bercanggahan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
DAP Pulau Pinang pada PRU12 2008 turut menyenaraikan pilihanraya Majlis Tempatan sebagai satu dari lapan perkara dalam manifesto mereka.
Kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang turut mencadangkan pemilihan secara pilihanraya diadakan di kalangan parti-parti Pakatan untuk memilih Ahli-ahli Majlis di Pulau Pinang oleh kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan tidak dapat diadakan.
No comments:
Post a Comment