JAWAPAN PENGANJUR K POP. MUDAHNYA BAGI ALASAN DAN MINTA MAAF


Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.

Kenyataan asal boleh didapati di pautan ini :https://www.facebook.com/tgmeventsglobal?fref=ts

7 comments:

Anonymous said...

Baguslah penyokong bee end sedar betapa teruknya hasil tarbiyah di bawah pemerintahan bee end.

Anonymous said...

Baguslah penyokong pas sedar, betapa jijiknya lebai ajar ugama, belakang makan duit hutan.

Anonymous said...

Ingat Pakatan jaga Islam dan bangsa Melayu, semuanya sandiwara, PAS dan PKR layak jadi barua DAP aje.

Anonymous said...

Allah tak tengok kulit dan keturunan semata-mata...tapi iman dan amal soleh. Wallahualam

Anonymous said...

Utk pengetahuan semua..letaklah lelaki melayu islam yang terbaik sekali ..Cina tidak sesekali bertuankan Melayu..itu pun tak faham ke? Cina mau jadikan Malaysia "Semenanjung Cina Selatan"..apa ada pada malai..kasi wang diam, kasi pompuan kenyang setahun..malai sanggup khianat bangsa sendiri demi WANG..

Anonymous said...

Kalau betul Cina nak jadikan Malaysia "Semenanjung Cina Selatan". Dorang dah lama contact tanah besar cina kasi datang duduk sini secara paksa. Malaysia ada apa nak lawan mereka? Kapal selam x bleh slam?

Logik la skit.

Cina datang duduk sini kerana nak duduk aman. Mereka pun nak breakfast pagi2 kat kedai tanpa ada gaduh. Nak hantar anak ke sekolah dgn aman.

Masalahnya.... Melayu kaya(bersama sesetengah) cina yang tindas melayu supaya miskin dan sokong mereka.

Cina pulak bila dah ada peluang tentu beli tanah(melayu jual sebab nak duit). Jual barng tentu nak untung(Melayu yang beli. Kedai Melayu tak nak pergi)

Bila masalah.... mereka tunding jari kat cina.

Sebenarnya.... salah Melayu terutama pemimpin yang berkuasa.

Unknown said...

yg pelok tue org islam xd ad kne mengena ngan pr ngan kerajaan nk marah kt dak yg wat hal... ap laaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...