Respon KJ terhadap gadis-gadis melayu yang sangap peluk mamat K-Pop
Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.
KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."
Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.
Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli.com.my
Puak-puak ini tentu ambil contoh idola mereka yang bertudung seperti Kak Nurul, Mak Wan atau Mak Lamp.
ReplyDeleteIslam Libral, Hak Asasi sama pegang sama rasa.
Hai! Kak Nurul lama tak lepak dengan candle light di Dataran Merdeka. Malam minggu ni boleh? Amacam!...