Tak digari pun. Wayang saja lebih! |
PAS tidak berkompromi mahu tindakan tegas terhadap Eric Paulsen
Meskipun menyedari Eric Paulsen adalah sebahagian dari jentera provokasi Pakatan Rakyat, tapi kali ini PAS tidak lagi berkompromi dengan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu, kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.
PAS Pusat menerusi Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar menggesa Paulsen menarik balik kenyataan berbaur penghinaan terhadap agam Islam yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Mahfuz yang berang dengan kenyataan peguam itu berkata, Eric tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan apa jua kenyataan mengenai Islam.
“Khutbah bukan sesuatu yang menggambarkan ekstrimisme dalam Islam. Khutbah adalah ibadah orang Islam yang diamalkan dalam masyarakat Muslim.
“Sebagaimana kami orang Islam tidak mempunyai sebarang hak untuk mengeluarkan kenyataan mengenai agama Kristian. Begitu juga dengan dia yang tidak mempunyai hak untuk mengatakan sesuatu mengenai orang Islam,” katanya kepada Sinar Online, kelmarin.
Jelasnya lagi, tanpa khutbah, solat Jumaat yang ditunaikan oleh masyarakat Islam tidak sah.
“Saya sangat kesal dan kecewa dengan kenyataan dan tindakan yang dikeluarkan oleh orang berilmu seperti dia,” ujarnya.
Beliau yang kelihatan tidak berkompromi dalam hal tersebut turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang setimpal ke atas Eric jika dia didapati bersalah.
“Terpulang kepada pihak berkuasa untuk melihat hal ini dari sudut perundangan, namun bagi saya tidak seharusnya kenyataan tersebut diperleceh atau diperkecilkan.
“Penting bagi masyarakat kita untuk menghormati hak-hak kehidupan beragama masing-masing supaya keharmonian dapat dikekalkan,” tegasnya lagi.
Eric Paulsen dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya berkata:“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Pertama kali parti PAS bersikap tegas terhadap jentera provokasi pro pembangkang, kali ini turut mendesak Eric supaya tampil dengan permohonan maaf.
Berbeza dengan PKR melalui peguamnya Latheefa Koya yang bertindak mempertahan tindakan Eric atas alasan kebebasan bersuara.-SH
Macamanapun. PAS terbaik. Siasatla. biorle mahkamah yg tentukan.......
ReplyDeletePAS harus tegas. Jangan selalu kena buli. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan untuk ketegasan Pas kali ini. Utamakan agama daripada politik, semoga agama Islam menjadi tiang penyatuan umat islam di Malaysia.
ReplyDeleteIni soal ugama bro. Bukan duniawi. Mmg patut semua muslim membantah. Klau lateefa biar dia. Loyar ni biasa la. Ape2 pun ini tidsk boleh kompromi
ReplyDeletePas harus memperjuangkan semula untuk mengutamakan islam. Syabas pas
ReplyDelete