Adun DAP akui GST bukan isu untuk dipertikai..


Seorang Adun Selangor daripada DAP hari ini mengakui bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan mulai esok bukan isu yang perlu dipertikai. 

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada persidangan Dun berkata, isu yang sepatutnya perlu diberi perhatian adalah perkara melibatkan pentadbiran. "Saya setuju GST tidak dijadikan isu di negara ini cuma ia melibatkan soal pengurusan," katanya.

 Ng berkata demikian bagi menjawab celahan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang menyatakan sikap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan pelaksanaan CBP sebagai isu malah menyifatkan kaedah percukaian sama yang dijalankan di Singapura tidak dibangkitkan rakyat negara itu sebagai beban.

 Sebelum itu, dalam perbahasan sama, Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) menuntut Ng mengemukakan fakta berhubung dakwaan Adun itu yang mengatakan kerajaan persekutuan membelanjakan peruntukan besar dalam mengadakan kempen GST.

 Bagaimanapun, Ng gagal mengemukakan fakta terperinci berhubung dakwaannya itu sebaliknya mengalihkan pertanyaan Mohd Shamsudin dengan meminta Adun tersebut merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

 Mohd Shamsudin dalam hujahnya menegaskan pelaksanaan GST adalah sebagai langkah mempelbagai perolehan pendapatan negara selain memenuhi keperluan pembangunan yang semakin pesat di negara ini.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang didakwa menuduh kerajaan persekutuan melaksanakan GST bagi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 "Kerajaan negeri turut mendakwa kerajaan persekutuan kini menuju bankrap dan disebabkan itu mereka sengaja mengaitkan GST dan proses penstrukturan industri air Selangor dengan keadaan tersebut. "Tiada bukti menunjukkan kita bankrap atau pun menuju bankrap kerana tahap hutang negara kini masih pada paras terkawal.

 Pada saya, keadaan yang tidak benar itu boleh dianggap sebagai sangkaan jahat," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor.

 Terdahulu, Mohamed Azmin ketika menjawab soalan tambahan bagi pertanyaan lisan Ng mendakwa kerajaan persekutuan kini hampir muflis sehingga menyebabkan CBP terpaksa dilaksanakan. - Bernama

4 comments:

  1. Mentaliti pembangkang yang bangkang dari longkang. Kepada MB Selangor. anda sebenarnya x de ciri2 pemimpin yang baik berbanding former MB kerana x berjiwa rakyat. Yang nampak hanya kerakusan sahaja.

    ReplyDelete
  2. Hari ini 1 April bukan hari April Fool dimana rakyat Malaysia kena main dengan cukai baru GST yang berkuatkuasa jam 12:00 tengah malam tadi. Hasil pengenaan cukai tersebut hari ini sesetengah barang mengelami kenaikan sebanyak 6%. Yang mungkin merujakan ramai orang bukan sahaja barangan yang disenaraikan dikenakan GST, tetapi yang tidak disenaraikan juga mengalami kenaikan harga menuruti kadar GST itu.

    GST samalah dengan keadaan banjir, kerana melimpahnya air laut disebabkan air pasang atau air hujan yang banyak. Bukan saja kolam, sungai dan muka kuala dipenuhi air, tetapi lorong dan lopak-lopak kecil juga ikut sama dimasuki air. Demikian dengan GST ia meratah semua jenis barang, cuma bezanya ada yang langsung ada yang tidak.

    Kesannya rakyat terpaksa pikul biawak mampus.
    GST samalah dengan air yang melimpah gara-gara air pasang dan hujan tadi yang membentuk banjir menyebabkan semua lubang dan lopak-lopak kecil turut sama disumbati air.

    Jangan salah kepada sesiapa kalau kita "hamba tahi" rakyat ini kena bayar kos lebih. Kena salahkan kepada diri sendiri. Kitalah yang memberi kuasa kepada penguasa untuk mengenakan cukai ke atas kita semua. Jadi kalau kita semua terbeban dengan GST janganlah marah-matrah kepada kerajaan, marahlah kepada diri sendiri

    Saya tidak fikir GST memberi apa-apa kesan kepada kerajaan yang memerintah kini. Ini termasuklah amaran Dr Mahathri Mohamad BN kononnya kalau GST dilaksanakan, ia tidak akan menjadi, kerana masih ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang bodoh dan tidak sedih bila ditipu oleh pemerintah.

    Paling menyedihkan ada rakyat yang sanggup berkorban membela kerajaan yang berlaku zalim kepadanya sendiri.

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu aje yang melalak lalak pasal GST..yang dia tahu semua nak disuap sampai naik lemak..faham bebetul apa tu GST baru cerita..actually Melayu ni malas mengkaji tu sebab bebal tak sudah..

    ReplyDelete

  4. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete