10 sebab tolak PKR ... #PRKPermatangPauh


1. PKR selalu mensia-siakan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen / DUN tanpa sebab kukuh dan hanya untuk keuntungan keluarga mereka sahaja.

2. PKR memilih keluarga mengisi jawatan parti berbanding orang lain yang lebih layak

3. PKR tidak konsisten dalam perjuangan menjaga agama bangsa dan negara dengan menyokong sekular dan menolak hudud 

4. PKR juga tidak jujur kepada PAS yang banyak menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat. Dan enggan meminta maaf atas kenyataan mereka.

5. PKR dipimpin oleh orang bermasalah dan menjadikan masalah peribadi sebagai masalah rakyat demi keuntungan diri.

6. PKR dipenuhi orang yang kecewa dari UMNO dan ramai juga yang telah kembali menyokong UMNO selepas melihat perangai sebenar pemimpin PKR.

7. PKR tidak menjadikan agenda rakyat lebih utama dan hanya menabur janji manis di samping gigih menabur fitnah kepada Barisan Nasional.

8. PKR memilih menyokong orang dan NGO yang menentang keluhuran Perlembagaan dan membela penjenayah yang mengacau keamanan.

9. PKR menjadikan bukan ahli politik sebagai sasaran seperti isteri dan anak dalam kempen dan memalukan mereka tanpa perikemanusiaan 

10. PKR dilihat rapat dan disokong negara asing yang mahu menjadikan Malaysia sebagai jajahan taklukan mereka dalam istilah disebut 'New World Order.'

Undi lagi sekali kepada PKR di PRK Permatang Pauh 2015 hanya menambah lagi koleksi kerakusan mereka memperdaya pengundi yang begitu terpesona dengan wayang tinggi yang mereka persembahkan.

Cukuplah dan mari kita bersama melakar sejarah baru demi kebangkitan rakyat menentang penipu yang sudah banyak kali menipu dan terus menipu.

Undilah Barisan Nasional untuk kebenaran dan kemakmuran kita semua.

No comments:

Post a Comment