Rosmah seorang wanita Islam berani dan bijak.

Pegawai Khas Perdana Menteri Rizal Mansor sekali lagi mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor daripada dikritik bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau yang membidas kenyataan Zaid itu berkata, bekas menteri itu perlu menerima hakikat Rosmah merupakan seorang wanita Islam yang berani dan bijak.
"Saya sungguh terkejut apabila terbaca coretan bekas menteri (hal ehwal) undang-undang Zaid yang lupa nilai moral.
“Komen beliau mengenai bagaimana isteri perdana menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau.
"Sudah tibalah masanya untuk Zaid keluar dari bawah tempurung dan menerima hakikat isteri PM anda adalah seorang wanita Islam yang berani dan bijak.
"Adakah anda cuba mengetengahkan wanita hanya perlu menjadi pasif dan duduk di dapur? Wahai Zaid, ini adalah tahun 2015 dan wanita mempunyai kaliber dan keupayaan sama setanding dengan lelaki," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rizal berkata demikian ketika mengulas mengenai artikel "The people’s PM" yang disiarkan pada 18 Mei di laman blog Zaid.
Ini bukan pertama kali pegawai khas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan mempertahankan Rosmah daripada dikritik.
Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Zaid mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai seorang tidak waras selain mendakwa bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) itu seorang yang mudah lupa.
"Zaid perlu berhenti mengkritik seorang wanita yang sedang melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Beliau perlu lebih fokus kepada perkara positif dan berusaha berbuat sesuatu demi masyarakat Malaysia, tanpa hanya duduk mereka cerita mitos.
"Igauan beliau secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang cauvinis dan mencari publisiti murahan dengan mengkritik seorang wanita yang prihatin dan bersifat keibuan terhadap rakyat Malaysia," katanya.
Katanya Zaid terlupa hakikat Rosmah juga banyak berjasa seperti menolong pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disyaki sebagai perisik termasuk menggunakan pengaruhnya membolehkan pelajar negara ini dihantar ke tempat selamat semasa pemberontakan di Arab.
Beliau mungkin terlupa atau terlepas pandang kisah salah seorang pelajar kita yang ditahan di Mesir selepas disyaki menjadi perisik.
“Rosmah tanpa mengenali pelajar tersebut segera membuat panggilan kepada isteri presiden Mesir ketika itu (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan dan boleh pulang meneruskan pengajian.
“Sudah tentu, Zaid sebagai seorang peguam dan bekas menteri undang-undang akan melompat ‘kangaroo’ dengan mengatakan bahawa perkara ini harus dilaksanakan oleh kementerian luar negeri dan pegawai yang berkaitan. Rosmah mengambil inisiatif ini atas naluri keibuan beliau. Lebih-lebih lagi, perkara ini diselesaikan tanpa publisiti.
"Ini adalah senario luar biasa, dan Rosmah melaksanakannya kerana hubungan rapat beliau dengan keluarga diraja Arab,” katanya mengulas mengenai peranan isteri perdana menteri itu membantu pelajar Malaysia dalam Ops Piramid.
Katanya rakyat Malaysia patut berbangga kerana Rosmah bukan sahaja sebagai seorang  wanita yang berani dan bijak namun turut membantu suami dalam melaksanakan tugas-tugasnya, secara tidak langsung.
Tambahnya, Zaid juga tidak juga boleh menafikan peranan Rosmah dalam memulakan Permata iaitu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dalam memupuk keupayaan pemikiran.
"Bagaimana Zaid melupakan perkara ini? Beliau lupa atau hanya bertungkus lumus mencari perkara negatif untuk di ketengahkan,” soalnya.
Rizal juga mengingatkan tindakan Zaid itu sebenarnya mencemuh seorang wanita yang prihatin dan penyayang di mana kesejahteraan rakyat Malaysia merupakan keutamaan Rosmah.
"Kita tidak perlu memuji Rosmah, tapi sekurang-kurangnya janganlah dicemuh tanpa berhati perut.
"Beliau  (Rosmah) juga sungguh vokal dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan individu kenamaan antarabangsa; demi memasyhurkan nama negara di pentas dunia, salah ke perbuatan ini, saudara Zaid?,” soal Rizal. TMI

Pendapat ini turut dikongsi bersama oleh seorang wanita yang pernah berurusan dengan DS Rosmah yg menyifatkan beliau seorang yang bijak dan berani. Jangan kita hanya mendengar dan melihat persepsi yg negatif sahaja bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

7 comments:

  1. Biar la dia org maki hamun rosmah ooi Allah tu ade. Tk dblas d dunia dbalas d akhirat. Sabar la Balasan dri Allah tetap ada. Dia tkan mati tpi yg manusia spai masa jalan. Yg maki mampos dan doa mampos bagai.Allah mdengar dn tkut doa dia org blik ke dia org.

    ReplyDelete
  2. Lantak le dia org nak kata ape. Janji beg berkin dozen2, berlian berketul2, jam tak main rolex, itu tokeh babi je yg pakai. Dengki le tu, rambut Rosmah cantik..Sape c4 Tuya ye?

    ReplyDelete
  3. Yg kutuk tanpa bukti lantak la. Mati esok jwb je. Masa tu no peguam ma to defen.

    ReplyDelete
  4. Yg kutuk tanpa bukti lantak la. Mati esok jwb je. Masa tu no peguam ma to defen.

    ReplyDelete
  5. betullah tuh, semua orang Melayu, beragama Islam. persoalanya ialah adakah mengikut peraturan Islam? sentuh sedikit saja saperti cara berpakaian dan cara hidup, ada kah mengikut peraturan Islam?

    ReplyDelete
  6. ... bercakap pasal aurat.. di Malaysia ramai munafik atau fasik.. tutup kerana samada 1).. ikut2, 2)..tutup sejarah silam supaya dianggap sudah baik...3)... desakkan kumpulan atau kawan2.4).. Fesyen & trend semasa, terutama yang pakai pakaian yang menampakkan susok tubuh.. nak tahu.. mudah... terutama yang pakai purdah kerana yang wajib cuma seluroh anggota & tapak tangan... cuba tanya, mana muhrim dan apa tujuan berdedai ditempat awam, cuba perhati apa yang dibawa terutama barang persendirian & makanan...gaya pertuturan dan jalan... berapa keratlah yang menampakkan ciri2 muslimah seperti yang dituntut oleh syara'... itu pun jika mereka ambil peduli dengan apa yang dimaksud oleh syara'... lebih menonjol dikalangan mereka yang mempunyai kecenderungan berpolitik samada dikalangan pemimpin mahu pun pengikut.... kan bagus jika mereka2 ini lebih fokus kepada diri mereka sendiri untuk mencari keredhoan illahi dari menyibukkan diri dengan perihal orang lain, ramai bersembunyi disebalik hadith yang menyatakan untuk '...sampaikan walau sepotong ayat...' sedangkan sepatutnya penyampai tersebut sudah bukan sahaja menghayatinya bahkan terbukti punyai adab asas yang kental....

    ReplyDelete
  7. Nak bodek pun jangan melampau sangat , nak kutuk pun jangan berlebih sangat, dosa masing-masing tanggung.

    ReplyDelete