Beg Tangan Rosmah. Apa yang kalian perlu tahu sebenarnya..
Jangan Mudah Menyebar Fitnah, Dosanya Terlalu Berat
1. Saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebaran gambar di Whatsapp mengenai keratan berita mengenai sebuah handbag Hermes Birkin yang dijual secara lelongan pada harga RM820,000. Gambar tersebut disebarkan juga bersama sekeping gambar DS Rosmah memakai sebuah handbag yang hampir sama. Seolah-olah menggambarkan bahawa DS Rosmah merupakan individu yang telah membeli handbag tersebut.
2. Setelah disemak, saya mendapati bahawa gambar yang disebarkan itu adalah gambar lama yang dirakam 4 tahun lepas di Kompleks Bunga Raya KLIA, sewaktu DS Najib dan DS Rosmah mahu berlepas ke luar negara. Manakala mengikut laporan Wall Street Journal, handbag Hermes Birkin yang dilelong itu adalah model baru yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan dilelong pada bulan Jun 2015. Jadi, mana mungkin DS Rosmah memakai handbag yang sama di dalam gambar tersebut.
3. Handbag yang dipakai oleh DS Rosmah dalam gambar tersebut merupakan pemberian hadiah dari besan DS Rosmah (ketika itu bakal besan), Maira Nazarbayev.
4. Saya mohon kita semua sebagai orang Islam, agar tidak mudah menyebarkan gambar, video atau sebarang berita yang kita sendiri belum tahu pokok pangkalnya. Dosa yang kita tanggung amatlah berat, kerana apa yang kita sebar akan terus menerus disebarkan oleh orang lain. Dan setiap sebaran fitnah itu, kita menanggung dosanya.
Rizal Mansor
So bag tu second hand la? ooo...
ReplyDeleteAda ke org tu ckp second hand? Takkan bakal besan bg yg second hand
DeleteAda ke org tu ckp second hand? Takkan bakal besan bg yg second hand
DeleteRosmah ada beg satu tu je..kesian
ReplyDeleteKorang hati hitam memang suka makanan fitnah dajjal akhir zaman. Kenapa tak tengok bini BABI Lim Guan Eng? Husam Musang yang menipu sepanjang dia jadi kerajaan PAS Kelantan? Anwar Al Sodomy mana dia dapat duit atau dana? Bodoh! anon 3:10, 3:35 kalau taksub sokong membabi buta. Kesalahan pembangkang buta mata tuli telinga.
ReplyDeleteorang Islam macam Rosmah juga patut tutup aurat...
ReplyDeleteAurat orang saja yang kau nampak, aurat kaum keluarga dan saudara mara kau dah terpelihra kah!
ReplyDeletebanyak nya beg rosmah..
ReplyDeletehttps://helenang.files.wordpress.com/2015/02/rosmah-handbags.png
senang cakap cam ni la encik rizal mansor
ReplyDeletesemua barang mewah, kenduri kendara, baju, minyak jet peribadi etc adalah hadiah dari besan.
So rakyat marhaen, kamu dah tak payah tanya lagi sebab inilah jawapan yang akan diberi oleh pegawai ni.
Bini orang lain malah Rozita Che Wan pun mampu pakai pelbagai beg tangan..bini LGE pun sama..bini Yang dipertua Sarawak pun ..apa masalah nye..ooo sebab dia isteri PM? isteri PM tak boleh bergaya mesti kelihatan selekeh baru dipuja puja dan dok menikus belakang suami..kalau bergitu baik cari jodoh dalam twitter boleh kawin dengan anak raja..duduk diam diam belakang suami.
ReplyDeleteAda pkra lbh bsar dr hbeg rosmah tu ptt d phatikan cth nya kkuatan pmbangkang yg smkin btmbh..
ReplyDelete