Pemuda PAS: Jangan lawan UMNO selagi Allah tak suruh


Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein hari ini berkata, parti Islam itu tidak seharusnya menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka menentang parti tersebut.

Syakirin berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah. "Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya, ketika perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat di Shah Alam, hari ini.

 "Sama-samalah berjuang dengan keaslian dakwah, jangan menuduh Umno salah. "Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," katanya. -TMI


6 comments:

  1. Allah suruh lawan UMNO. Allah tak suruh lawan DAP. Allah tak suruh lawan PKR

    ReplyDelete
  2. Tunjukkan dalil yg Allah suruh lawan UMNO tapi x suruh lawan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  3. ikuti la ajaran Islam sebenar jgn tpesong hye kerna politik. tiada nas tiada dalil yg ada tertulis Pas Atau Umno.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya bahasan politik Melayu otak sengkek!!!

    ReplyDelete
  5. Anon 1008, kalau ikut Islam, PAS x tahalufsiasi ngan kafir harbi.

    ReplyDelete
  6. PAS ni ingat parti 100% islamik , dia la yang betul, dalam UMNO,PKR dan PAS, golongan liberal sedang menongol, orang-orang macam ni kena buang dulu.

    ReplyDelete