Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan Dan Sahabat?
Assalamualakum Tan Sri Muhyiddin,
Hujung minggu lalu mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.
Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.
Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.
Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.
Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.
Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.
Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.
Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO?
Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?
Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.
Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Nasional.
Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.
Ikhlas
Amin Yatim
Hmmm...khianat?
ReplyDeletepemimpin yang KHIANAT kepada berjuta2 RAKYAT pula camne?
Yang tu kita kena panggil "lehnet"
DeleteMemang betul muhyiddin ni MENGKHIANATI bangsa Melayu!!
ReplyDeleteAmin yatim..anda adalah seorang pengkhianat kepada orang melayu sebenarnya. Para khalifah yg 4 pun boleh ditegur..inikan pula pm malaysia. Bukan tsmy nak suruh najib berhenti jadi pm..cuma berhenti jadi ketua imdb..supaya kita boleh siasat dgn telus. Ini macam najib tu tuhan..tak boleh tegur lansung. Kalau tegur pasal salah laku...kena cop pengkhianat..kena cop nak gulingkan kerajaan...apa daaa..macam bersultan dimata beraja dihati
ReplyDeleteAmin yatim..anda adalah seorang pengkhianat kepada orang melayu sebenarnya. Para khalifah yg 4 pun boleh ditegur..inikan pula pm malaysia. Bukan tsmy nak suruh najib berhenti jadi pm..cuma berhenti jadi ketua imdb..supaya kita boleh siasat dgn telus. Ini macam najib tu tuhan..tak boleh tegur lansung. Kalau tegur pasal salah laku...kena cop pengkhianat..kena cop nak gulingkan kerajaan...apa daaa..macam bersultan dimata beraja dihati
ReplyDeleteOohhh.... asal buat teguran je terus di cop pengkhianat pelbagai. Untuk pengetahuan blogger, kami akar umbi pun cop Najib sebagai pengkhianat Melayu, UMNO, Kerajaan, sahabat dan tambah satu lagi iaitu pada rakyat jelata..... Najib billion-billion!!
ReplyDeleteSiapa yang tak khianat orang Melayu? DAP?
DeleteKEPADA BLOGGER "ANAK SEBERANG"
ReplyDeleteJANGANLAH SEWENANG-WENANGNYA MENGELUARKAN STATEMENT MENGATAKAN 'MUHYIDDIN KHIANAT MELAYU, UMNO, KERAJAAN DAN SAHABAT.......
JANGAN LAH TUAN MENGERUHKAN LAGI KEADAAN DALAM KES INI (SIAPA YANG KHIANAT SIAPA) YANG MANA TUAN PERLU MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL SEBELUM MENGELUARKAN STATEMENT TERSEBUT.....INGAT FITNAH ITU APA HUKUMNYA.................
MAAF SEKIRANYA TUAN TIDAK BOLEH MENERIMA KENYATAAN INI....
Pengkhianat Negara adalah perasuah, pemeras ugut dan menzalimi rakyat terutamanya golongan miskin...cuba admin bagi tau dan buat survey...siapa yang betul2 suka dengan keadaan ekonomi Malaysia yg KINI GAWAT akibat kecelaruan pentadbiran Najib yg ikut cakap bini...lebih malang lagi GST dan harga barangan belipat kali ganda naik akibat Negara kehilangan duit 1MDB berbiliion2...
ReplyDeletePENGKHIANAT ADALAH ORANG YANG MENYUSAHKAN RAKYAT BUKANNYA MEREKA YANG BERANI MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT...TAHNIAH TMY..TERUSKAN NIAT IKHLAS DAN PERJUANGAN KAMU DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Paham ke dak makna khianat ?
ReplyDeleteSiapa yg khianat siapa sebenarnya ?
KEPALA OTAK HANG!!
ReplyDeleteNak tegur ada caranya bukan hentam sebarangan aja itu memalukan namanya ingat suami isteri boleh berpisah (bercerai) apabila dah tak sehaluan.
ReplyDeleteSiapa betul2 faham pasal kes 1MDB? Siapa yang khianat siapa? TMY ka yg buat GST?
ReplyDeleteKami rakyat jelata cuma paham "Najib buat GST yg membebankan rakyat sebab nak cover hutang 1MDB yg 27 billion yg dia sendiri buat".
Orang minta penjelasan segera dicop sbg pengkhianat! Siapa lagi yg berani bertanya jika bukan org yang betul2 cintakan negara. Yg lain semua play safe takut miss soru tak lepas bayar bil bulanan. Negara tergadai pn tak pa janji bulan2 masyuuk?!!
Kalau Najib masih presiden UMNO sampai PRU14, maka betul la ramalan R>A>H>M>A>N
Najib will be the last PM from BN.
Mmg smthing wrong smwhere....ada otak dan akal cer pikir dgn penuh iman...
ReplyDeleteIsu MAS duit rakyat
Isu 1Mdb duit rakyat
Ringgit susut nilai
GST..90% brg dlm pasaran naik harga...
Isu gst mmg mcm bangang....sbb ni contoh
Bli roti gardenia krim coklat dgn lighter
Bli di kedai runcit biasa
kos rm 0.70 + 1.20 = rm 1.90
Bli di 7e atau pasaraya
kos rm 0.70 + 1.20 + gst 0.11 = rm 2.01
Klu hidup ada anak 4 kos x lari 1k ke 2k bli brg kperluan. Gst kat situ dah rm60 ke rm120 yg sepatutnya blh dibuat saving pendidikan anak.
Di malaysia pendapatan tidak seimbang dgn julat kos keperluan harian dr segi perbelanjaan.
sape khianat najib ke mohedin aku rasa najib bapak pengkinat melayu
ReplyDeleteapa dia pengkhianat? awak cukup faham?
ReplyDeleteatau memang benar
muhyiddin mengkhianati najib
najib mengkhianati rakyat (hanya anda yang rasa tidak dikhianati)
saudara jangan menuduh orang khianat, buktikan apa yang TSMY khianat. Kalau nak bantai orang sediakan homework dahulu. PERSOALAN SAYA SIAPA KHIANAT SIAPA.. KALAU NAK JADI MACAI JADILAH MACAI YANG BERILMU
ReplyDeletesiapa pengkhianat bangsa sebenarnya?
ReplyDeleteTSMY, AG, Pengarah Caw Khas PDRM Bukit Aman, semua yang too close dengan maklumat skandal 1MDB, tetapi tidak mahu kow tow dengan kehendak orang itu telah dipecat.
boss BNM dan SPRM juga dikhabarkan sedang ditekan dan mungkin dipecat.
ajk PAC ditawarkan jadi menteri/timb. menteri. kesannya, PAC lumpuh.
siapa yang sebenarnya berusaha bersungguh sungguh untuk derail siasatan 1MDB?
kalau 1MDB tiada masalah, kenapa berusaha bersungguh sungguh, menggunakan sekelumit kuasa yang ada untuk menutup skandal 1MDB?
orang itu lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara.
macamana pula penyokong membabi buta dan sesetengahnya dibayar untuk membenarkan kebejatan orang itu?
bukan pengkhianat bangsa agama dan tanahair juga?
yang jelas, TSMY, AG, Datuk Akhil bukan nnya pengkhianat.
ada hati nak menang dalam PRU14......bengong
ReplyDeleteMau perang ke? Orang johor hati besar beb.tgk apa dia cakap.
ReplyDeleteCool as ice.
Moga Allah kasi petunjuk pada semua.
blogger bododh
ReplyDeleteHasan Malek pon tak sebodoh blogger anak seberang + amin yatim..
ReplyDeleteKasi la aircond kuat2..
Selagi Najib bawah pimpinan RM aku akan khianat pada UMNO..
Selamat Berkubur UMNO & BN..
Woit bro, Hasan Malek tak bodoh, dia cakap direct, bising2 harga ayam naik, jgn mkan ayam...
DeleteAde betul...
Betul....kiasnya berhenti beli ayam / boikot beli ayam, tu sbb taicon ayam sudah sound Najib, ini org sudah gali saya punya kubur, u should stop him
, peniaga kat pasar pun naik rimas, hari2 ada pgwai check brang dgn hrga brng, meraung lagi simata sepet
Menteri yg ganti ni senyap je, x de cerita harga catut
Sayur naik harga, tanam sayur sendiri, ada betul
Betul, klu x de tnah buat cara hidroponik
Peratusan penulis dlm blok ni semua marah najib..sejak pelancaran GST..skandal 1MDB.
ReplyDeleteBerapa ramai rakyat malaysia yg mati kebulur..kereta persendirian makin kurang atas jalan raya kesan kenaikan harga minyak.Bersyukur lah kita...kalaulah diberi peluang kepada semua pengkritik menjadi PM malaysia...bagaimana lah gamak ya..
Bukan kritik kosong bang oii...lain la klau ko nak derma se bilion dua
DeleteKemiskinan boleh mengoyahkan iman