Saiful Nang manusia durjana !


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.

Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.

Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa..

Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.

Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)

(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)

7 comments:

  1. berdasarkan kenyataan dari tki wanita,benar ada kegiatan pelacuran di mekah dan madinah yg membabitkan mereka.

    boleh dirujuk pada beberapa laporan dari media2 indonesia...

    ReplyDelete
  2. Penulis hanya pandai mgkritik tanpa menunjukkan bukti sahih.Lagipun ayat dia dgn tanda soal ttg tuduhan tersebut.Sama ada benar atau hanya dakwaan kosong.
    Jika benar sila sahkan dgn bukti bergambar.Bukannya susah utk melakukan siasatan.
    Setiap kali ada musibah...semudah itu dikaitkan dgn kemungkaran.Kenapa kita tidak melihat hikmah di sebaliknya.
    Saya setuju jika ia adalah laknat Allah swt tapi dgn syarat berlaku rasuah dlm menanganinya atau tiada tindakan dpd pihak pemerintah.Tak mgkin ia bermaharajalela jika benar andai hukum hudud menjadi tunjang kpd negara arab saudi.Dpd kita bangga berhujah seolah2 mndpt wahyu...baik siasat sblm membuat andaian yg mengaibkan nama serta mndtgkan dosa kpd kita.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya jumlah jemaah haji dikurangkan.Biar kouta mgikut jumlah sebenar umat Islam mgikut negara masing2 dan bukan megikut jumlah sesebuah negara.Jemaah arab saudi yg berjumlah 1 juta juga patut dikurangkan.
    Tiada visa umrah diberikan selepas bulan puasa kpd jemaah haji negara2 yg selalu tggl lbh tempoh sehingga musim haji.
    Disiplin perlu dan wajib diterapkan kpd jemaah2 haji bagi setiap negara ttg jadual dan masa bagi mrk utk mengerjakan sesuatu rukun khasnya melontar.Kerana ingin mengejar waktu afdal ada yg tidak peduli dgn arahan dan kesesakan yg boleh membahayakan diri.
    Takziah kpd keluarga mangsa dan apa yang berlaku perlu dijadikan pgjrn buat para jemaah yg mnjadi tetamuNya di masa akan dtg.

    ReplyDelete
  4. Aku pernah dengar citer pasal pelacuran kat mekah ni dari seorang yang pernah tinggal lama kat situ...dia cakap mmg banyak pelacur tapi bukan orang arab, ianya orang2 indon yg tinggal menetap di situ...

    ReplyDelete
  5. Tak payahlah di siarkan berita yang mengaibkan yg tak benar yg boleh mengundang fitnah yg lebih besar dari musuh islam yg nak merosakakn islam dan kota suci islam

    Pesalah pelacur di Arab boleh di hukum pancung dan direjam...

    Kalau ada laporkan kepada pihak berkuasa arab saudi dan bukan laporkan di media sosial yg akan disiarkan di WSJ dan SR.

    Ini akan merosakkan imej islam dan kota suci islam

    ReplyDelete
  6. kalau betullah ada pelacuran di mekah lebih baik main pelacur kat tmpt lain lah org pegi mekah bukan nak cari pelacur.. ttp bg org yg suka main pelacur smpi kat bumi mekah pun nak cari pelacur.. samada cerita itu benar atau tidak hanya org yg penah main pelacur dimakah shj yg blh mengesahkannya.. ada berani?

    ReplyDelete
  7. Pelacuran ada dimana mana hatta didalam keluarga sendiri..tanah haram hak Allah biarlah Allah yang menentukan untung nasibnya..kita hanya boleh menyeru kearah kebaikan dan menolak kejahatan..

    ReplyDelete