1MDB: Profesionalisme Bank Negara dipertikai
1. 1MDB telah dituduh kononnya terlibat dengan penggubahan wang haram (money laundering), penggelapan wang, pemindahan wang dari sumber keganasan, penyelewengan dana awam dan pelbagai dakwaan yang besar.
2. Peliknya, Bank Negara Malaysia (BNM) hanya berupaya membuat siasatan berkaitan kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Lima kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu membuat kenyataan yang palsu secara sengaja dan tanpa bukti kukuh. Kesalahan ini sudah tentu secara bandingan, amat kecil berbanding tuduhan asal. Itupun, berdasarkan kenyataan Jabatan Peguam Negara, difahami bahawa BNM gagal membuktikan 1MDB melakukan kesalahan tersebut.
3. Ibarat apabila pihak polis diminta menyiasat seseorang atas kes pembunuhan, tetapi akhirnya kerana tiada bukti, dakwaan cuba dibuat atas kesalahan meletak kenderaan. Itupun apabila gagal dibuktikan kesalahan tersebut, sekarang satu demi satu kesalahan sedang dicari termasuk semua perkara yang kecil-kecil semata-mata untuk memastikan kehidupan seseorang itu tidak senang.
4. Berdasarkan pengamatan, 1MDB telah memberikan kerjasama penuh dengan setiap pihak berkuasa yang menyiasat mereka, termasuk BNM. Sehinggakan dokumen asal 1MDB juga telah diambil oleh pihak polis dan ini mengakibatkan laporan kewangan diaudit dan laporan tahunan 1MDB masih belum dapat dimuktamadkan.
4. Dengan semua maklumat dan dokumen yang ada, sudah pasti BNM mempunyai cukup bahan untuk membuat siasatan yang menyeluruh. Dakwaan mengenai salah laku berkaitan kelulusan yang diberi berlaku sepanjang tahun 2009 - 2011. Manakala butiran mengenai pelaburan AS$1.83 bilion dilaporkan setiap tahun di dalam penyata kewangan diaudit 1MDB. Apakah yang dilakukan oleh BNM sepanjang tahun 2012-2015?
5. Tiada siasatan berkaitan penggubahan wang haram. Tiada juga yang berkaitan penggelapan atau penyelewengan wang seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir, Tony Pua dan pihak yang anti-1MDB. Bermaksud, tiada bukti yang ditemui oleh BNM berkaitan jenayah ini, cuma tuduhan-tuduhan kosong. Siasatan BNM akhirnya cuma berkisar di atas dakwaan 'perisytiharan palsu'.
6. 1MDB telah menjelaskan berkali-kali kepada BNM, penyiasat yang lain dan pelbagai pihak secara TERBUKA bahawa dana 1MDB telah digunakan secara sah mengikut undang-undang untuk penggantian hutang IPIC dengan aset. Tentunya pengurangan hutang 1MDB ini akan membantu memperbaiki sentimen dan keyakinan pelabur terhadap 1MDB dan ekonomi negara.
7. Agak tidak masuk akal dan nampak seolah-olah BNM berniat jahat apabila mahu wang yang telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB dikembalikan semula. Adakah BNM sedang cuba menyalah guna kuasa dan membuli 1MDB hanya kerana mereka gagal mensabitkan 1MDB dengan sebarang jenayah?
8. Anehnya, kenapakah BNM seolah-olah sengaja membuat kenyataan-kenyataan negatif setiap kali terdapat perkembangan yang baik berkaitan 1MDB?
9. Misalnya dalam bulan Jun, selepas Jemaah Menteri telah meluluskan pelan rasionalisasi 1MDB dan 1MDB telah melangsaikan hutang sebanyak AS$975 juta Deustche Bank, kenapakah BNM pula mengumumkan siasatan terhadap 1MDB tidak lama selepas itu.
10. Sekarang, sekali lagi dalam bukan Oktober, pada saat satu demi satu perkembangan positif pelan rasionalisasi 1MDB diumumkan, termasuk terbaru, mengenai rundingan dengan IPIC yang bakal mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM16 bilion, kenapa BNM seolah-olah sengaja hendak merosakkan berita dan perkembangan yang baik ini dengan pengumuman penarikan kebenaran pelaburan RM1.83 bilion semata-mata kerana tidak dapat menerima kenyataan daripada Jabatan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan membuat perisytiharan palsu?
11. Tidakkah kelihatan seolah-olah tindakan BNM ini berniat jahat dan mahu menjadi 'little Napoleon'? Bukankah ini keanak-anakan dan sama sekali tidak profesional?
BNM belum habis disini. Sekarang nak bankrupkan 1MDB. Habislah pekerja Melayu yang ramai dalam 1MDB bertugas didalam dan luar Negara. Mahathir adalah dalangnya.
ReplyDeleteSalam,apa cerita 2.6 b dalam account najib derma ke atau ghanimah, rakyat tertanya tanya, dulu sebelum masaalah 1 mdb nama ah jib goh lebeh cina daripada cina sekarang dah terpalit 1mdb pusing jadi ultra melayu pula, betul cakap mahathir najib bukan kisah negara janji dia selamat
ReplyDeleteApa lah bangang Anon1:03 AM dengan $2.6b. Mahathir dapat derma dulu pun simpan dalam account dia jugak apa citer? $300b hilang masa zaman Mahathir, buat bodoh aje...
ReplyDeleteBail out hutang anak-anak dia, kroni dia yang kaya raya dapat subsidi kerajaan.
Betul tu. Mahathir sekarang dah jadi tamak. Dia telah mengarahkan menerusi pencacainya supaya BNM mengambil tindakkan terhadap 1MDB. BNM akan membatalkan kebenaran 1MDB urusan kewangan dan membeku semua esetnya. Membeku sama macam bangkrap. Tidak boleh uruskan perniagaan dan tidak boleh menerusi transformasi hutang bermakna membunuh 1MDB.
DeleteJatuhnya 1MDB, Malaysia boleh dinilai dan jatuh rating antarabansa dan ini akan mengundang jatuhnya ekonomi Malaysia.
Mahathir rela hancurkan Negara asalkan kroni dan anak2nya terus kaya. Lepas tu salahkan Najib. Allah sedang mengira dosa mu Mahathir.
Tu dia macai2 dan anjing2 belaan Boogeese Warrior dah mula melalak start nak blame BNM. Woi macai2 sekelian. Semalam meeting dgn si Boogeese tu banyak tak dapat pitih?? Aku tau lah ko orang ni dapat fund dari si Boogeese tu. Kalau nak sokong pun jangan lah sokong yang membawa rebah.....si Boogeese dan si Minang tu dah keterlaluan. KAlau tidak takkan Majlis Raja2 pun dah mula gusar. Ko orang ni saja yang masih bute mata nya. Otak ko orang kat juboq ke????? Ke ko orang ni dari gang RBA keturunan babi2 DAPpigs....saja nak laga2kan kaum bumiputra kat Melaya yang tercinta ni?????
ReplyDeleteKenapa nak menghancurkan 1MDB, syarikat 100% milik Kerajaan. Nampak sangat nak ikut telunjuk Mahataik. Nasib baik kuasa sebenarnya ditangan Menteri (Najib). Agaknya Zeti ni tak baca Akta dulu kah?
ReplyDeleteEngkau orang cakap pi lah apa-apa pun tentang yang tak baik mengenai Dr Zeti, aku lebih percaya kat dia, sebab dia terlebih-lebih profesional dalam hal pentadbiran kewangan serta ekonomi negara. Diatas ketokohan yang dimilikinya, beliau telah diiktiraf sebagai GABENOR BANK TERBAIK ASIA 2003 oleh majalah EMERGING MARKETS dan KETUA BANK PUSAT TERBAIK DUNIA pada 13 September 2010 oleh majalah GLOBAL FINANCE.
ReplyDeleteEngkau orang cakap pi lah apa-apa pun tentang yang tak baik mengenai Dr Zeti, aku lebih percaya kat dia, sebab dia terlebih-lebih profesional dalam hal pentadbiran kewangan serta ekonomi negara. Diatas ketokohan yang dimilikinya, beliau telah diiktiraf sebagai GABENOR BANK TERBAIK ASIA 2003 oleh majalah EMERGING MARKETS dan KETUA BANK PUSAT TERBAIK DUNIA pada 13 September 2010 oleh majalah GLOBAL FINANCE.
ReplyDelete