HAPUS TOL : DASAR POPULIS YANG TIDAK MASUK AKAL


Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berikutan kos pembinaan lebuhraya tersebut kononnya telah dapat dikutip semula.  Hal ini akan berlaku jika Pakatan Harapan megambil alih Putrajaya.

"Ia tidak masuk akal untuk dikenakan tol sekarang [...] kos penyelenggaraan lebuhraya boleh ditanggung menggunakan cukai jalan," kata Guan Eng di Parlimen.

1) PLUS Bhd mempunyai Sukuk bernilai RM 23.5 bilion yang perlu dibayar balik dalam tempoh 25 tahun berdasarkan andaian selepas pembelian 8 lebuhraya daripada syarikat konsesi terdahulu, dengan hutang sebelum pembinaan dan juga perbelanjaan untuk pembesaran jalan (contoh; lorong ke-3 dan ke-4 untuk Lebuhraya NS).

Kebanyakan Sukuk ini dimiliki oleh badan yang menguruskan dana seperti KWSP dan syarikat-syarikat unit amanah, dan ia memberi pendapatan konsisten kepada mereka.

Siapa yang akan membayar nilai tersebut? Kerajaan atau ianya tidak perlu dibayar dengan membatalkan sahaja Sukuk tersebut?

2) Pembayaran BR1M untuk tahun lepas ialah RM 4.9 bilion bersamaan dengan RM 950 untuk setiap isi rumah. Jika PLUS tidak lagi memungut bayaran tol, kerajaan perlu membayar pampasan bernilai RM 23.5 bilion.  Wang tersebut boleh digunakan untuk membayar BR1M sebanyak RM 5,000 kepada setiap isi berpendapatan bawah RM4,000, iaitu kumpulan pendapatan 40% terbawah.

KWSP juga memiliki 49% daripada PLUS. Pemansuhan tol bermakna mengurangan sebanyak kira-kira RM 2 bilion kepada pendapatan langsung setiap tahun kepada KWSP (tidak termasuk pendapatan dividen dari Sukuk) - ini bermakna penurunan sebanyak 10% dari dividen untuk setiap pemegang akaun KWSP.

Adakah ini bermakna kumpulan pendapatan 40% terendah yang juga pemegang akaun KWSP di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta kawasan pendalaman perlu memberi subsidi sebanyak RM 5,000 untuk setiap isi rumah dan juga pengurangan dividen tahunan KWSP bagi membolehkan pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia mengelak dari dikenakan bayaran tol di 8 buah lebuhraya?

3) Juga, jumlah kutipan cukai jalan setiap tahun hanyalah kita-kira RM 2.3 bilion.

Perlu diingatkan, jumlah RM 2.3 bilion ini digunakan untuk selain dari 8 buah lebuhraya, juga kira-kira 100,000 km jalan raya lain di seluruh Malaysia yang memerlukan penyelenggaraan serta lampu jalan setiap tahun.

Cukai jalan sebanyak RM 90 untuk setahun (diantara yang terendah di dunia) tidak mampu menampung kos penyelenggaraan kesemua jalan, apatah lagi untuk membina jalan baru - sama ada jalan negeri atau persekutuan.

Sekali lagi, Lim Guan Eng telah menabur janji popular yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Lim Guan Eng sememangnya handal menabur janji-janji manis.

Adalah anda melakukan kajian berkenaan hal ini sebelum membuka mulut anda di Parlimen?

Mari kita ingatkan Guan Eng berkenaan  janjinya untuk memansuhkan tol Sg Nyior sekiranya mereka menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang. 8 tahun kemudian, bukan sahaja tol tersebut masih kekal malah kadarnya meningkat sebanyak RM 0.50 kepada RM 1.20.

Mari juga kita ingatkan Guan Eng dan Pakatan berkenaan janji mereka untuk memansuhkan semua tol namun, kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang telah membenarkan pembinaan 4 buah lebuhraya baru iaitu DUKE, EKVE, DASH dan konsesi selama 30 tahun untuk Terowong Pulau Pinang.

Jadi, apakah yang menjadi masalah apabila kerajaan pimpinan Najib pada tahun 2011 membeli kesemua tol PLUS untuk mengelakkan kenaikan kadar bayaran tol, model terbaik untuk mengenakan bayaran hanya kepada pengguna yang menggunakan lebuhraya dan memberi manfaat kepada pemegang akaun KWSP.

PLUS bukan lagi dimiliki oleh syarikat konsesi tetapi dimiliki bersama antara KWSP dan juga kerajaan.

Adakah Tokong masih tidak menyedari situasi ini dan beranggapan bahawa ini masih di tahun 2008?

PLUS memiliki lebuhraya-lebuhraya berikut :

- Utara-Selatan
- Lebuhraya Baru Lembah Klang
- Federal Highway Route 2
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson
- Utara-Selatan Hubungan Tengah
- Laluan Kedua Malaysia-Singapura
- Lebuhraya Butterworth-Kulim
- Jambatan Pulau Pinang

4 comments:

Anonymous said...

In the first place, why give BR1M? It doesn't benefit most of Malaysian. The BR1M money can be channel to cater for vital needs of people.

Why other countries can survive without toll?

Have government really did a proper study before make decision to raise toll price?

Surely for every project must come with cost-benefit analysis and ROI. From there you can predict number of years the toll concessionaire should operates.

Stop giving stupid excuses to undermine people knowledge. Show the truth & facts...

Anonymous said...

admin..
adakah tokong tak tahu details yang saudara beri.. dia tau !! TAPI orang ramai tak tau.. kalau depa tau pun depa buat tak tau.. yang depa tau adalah semua mau FREE ja..
in the first place, kenapa guna highway.. tu jalan swasta.. gunalah jalan kerajaan..FOC !!
adalah tidak adil untuk menggunakan duit cukai untuk membebaskan highway berkenaan demi kepentingan orang yang menggunakan jalan swasta tu !! BUKAN SEMUA orang menggunakan highway!! Tidak adil untuk orang Kelantan yang tiada highway dan ini bermakna tidak adil mereka dikurangkan subsidi hanya untuk membiayai those people yang nak pakai highway free..

anon 8:46
i. which country ya yang tak dak tol tu... US ? Indon? Thai? Zimbabwe kot..
ii. tol hike hanya di Selangor/KL terutamanya.. tiada tol hike di PLUS punya highway !!
iii. you dont like BRIM ar?? so STOP taking BRIM.. bagi kat orang lain yang layak.. aku pun tak layak tapi look at the big numbers dan kesannya ke atas ekonomi satu satu tempat.. jangan tengok secara individual..boleh jer nak buat kupon makanan, kupon minyak, kupon gas masak, kupon susu dll kupon.. tapi hakikatnya orang NAK duit.. nak buat apa dengan duit tu kerajaan jangan campur... lantak kat depa la.. kata depa..

-non-mentaliti semua FREE-

Anonymous said...

Hapuskan dulu tol di selangor dan penang barulah cakap. Janji dari penipu no 1

Anonymous said...

Janji DAP yg manis hanya sebelum PRK/PRU. Selepas tu, janji manis bertukar menjadi racun yg berbisa. Janji kafir harbi x boleh dipercayai. Janji lama x ditunai, buat janji baru konon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...