SEBELUM TERPERDAYA DENGAN FITNAH BAHAWA TPPA TELAH DITANDATANGANI, SILA BACA...
Saya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti “meterai’ dan ‘done deal’ antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.
Pengumuman semalam mengesahkan bahawa ‘negotiations concluded’ atau rundingan telah selesai. Ini bererti pihak-pihak terlibat telah mencapai kata sepakat bahawa tidak lagi perlu rundingan berterusan. Perbincangan sudah menemui jalan penghujungnya.
Apakah ini bererti bahawa rundingan itu kelak akan dipersetujui oleh semua pihak terlibat (12 negara TPP)? Jawapannya tidak. Ini kerana keputusan sama ada negara-negara berkenaan akan menerima atau tidak perjanjian TPP bergantung kepada proses domestik negara masing-masing.
Menteri yang mewakili Malaysia, Mustapa Mohamed telah berkali-kali memberi taklimat dan penerangan kepada pihak media tentang proses ini. Mustapa amat jelas bahawa sebaik sahaja teks perjanjian rasmi diserahkan kepada Malaysia, kerajaan akan memberi akses kepada orang ramai untuk mengkaji sendiri butiran perjanjian tersebut. Kerajaan juga akan mengadakan sessi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan dan dengan rakyat.
Keputusan menandatangani perjanjian ini atau tidak akan dibuat secara bersama. Ia bukan keputusan kerajaan semata-mata. Kerajaan akan membentangkan teks perjanjian TPP ke Parlimen dalam tempoh persidangan terdekat ini. Bersama-sama dengan teks itu, kerajaan akan bentangkan juga hasil dua kajian berkaitan untung rugi TPPA.
TPPA akan dibahas oleh ahli-ahli parlimen dan kemudian akan diundi. Keputusan ahli-ahli parlimen ini akan di bawa pula ke kabinet. Selepas itulah baru kerajaan akan memberi kata putus.
Sekiranya kerajaan menandatangani TPPA selepas semua proses domestik ini selesai, perjanjian itu belum akan dilaksanakan kerana kerajaan perlu membuat pengesahan terhadap perjanjian tersebut (ratify) dalam tempoh 24 bulan. Sekiranya di dalam tempoh itu kerajaan mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan perjanjian tersebut, maka ia tetap tidak akan dilaksanakan.
Penjelasan di atas, telah berkali-kali dijelaskan oleh YB Menteri kepada pihak media, kaukus parlimen yang terdiri dari backbenchers dan pembangkang, serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, sejak beberapa tahun yang lalu.
Malaysia telah menyertai rundingan TPPA sejak lima tahun lalu. Di dalam tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah menyembunyikan perkara yang dibincangkan dari pengetahuan pihak-pihak yang berkepentingan. Kerajaan mengadakan dialog, dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memaklumkan status dan juga bagi mendapatkan maklumbalas. Sehingga 13 Ogos 2015, kerajaan telah mengadakan 111 engagement dalam bentuk dialog dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan. Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.
Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak-pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
apa maksud "pada dasarnya bersetuju"
ReplyDeletejika benar kerajaan utamakan dan dahulukan rakyat, sepatutnya awal2 cakap tak bersetuju!.
Macam orang meminang la. Kalau dah setuju secaradasarnya, cuma tinggal nak discuss berapa maskahwin nak kena bagi etc etc aje. Benda dah 99.5% confirm. Tak payah nak spin, nanti malu sendiri aje, bang.
ReplyDeleteJanganlah kuat sangat mengampu sampai negara nak tergadai pun kau masih sibuk mengipas lagi demi fulus.Tppa ni ibarat menjual negara kepada amarika.Faham tak?Tppa dicipta untuk amarika,demi amarika untuk kepentingan amarika semata2.Negara maju dan kuat seperti jepun mungkin tak ada masalah,mungkin masih win-win.Tapi negara kecil macam Malaysia memang habislah kena sapu.Amarika akan bebas masukkan kompeni2 giant dia dalam negara kita dan bersaing dengan kompeni2 tempatan.Kau ingat kompeni2 kerdil kita boleh survive?Kompeni bumiputra lagilah mati.
ReplyDeleteBarang2 murah dari china sudah tak boleh masuk lagi sini,semuanya kena ikut rules dan standard yg ditetapkan amarika iaitu standard yg tinggi dan harga yg mahal.Ini untuk menekan china dan memakmurkan amarika.Yang jadi mangsa negara kita.Mampukah kita ikut standard amarika?Sekilo anggur mungkin berharga rm50 sbb anggur2 murah china dah tak boleh bawa masuk.
Belum kira ubat2an lagi yg sudah pasti akan meningkat mendadak harganya.Perubatan akan menjadi sesuatu yg mahal sehingga kita tak mampu bawak anak bini kita ke klinik dan hospital sebelum mengira kos perubatan terlebih dulu.Silap2 kena denggi pun kita tak bawak pergi hospital sebab tak mampu.Makan panadol dan ubat kampung aje.
Cubalah baca jebat must die ke outsyed the box ke..obama terang2 sebut tppa untuk amarika oleh amarika demi amarika.Masalahnya najib sudah setuju nak sain tppa.Ayat2 yg kau tepekkan kat atas tu untuk sedapkan hati rakyat saja walhal keputusan sudah pun dibuat.
Ingat sain tppa maknanya menjual negara.
Outsyed selalu ckp najib xdak teloq. Cuba ko komen yg mempersoalkan artikel dia....smpai kiamat xkan disiarkan. Yg pro dia, sekejap dh publish. Dia pun xdak teloq. Poyo lebih mcm bagus sgt.
DeleteSorry to say, stupid M'sian will sign for "American 1st". Or should we apply for America citizenship ?
ReplyDeleteOpen market, open competition, goods, services and human resources, is M'sian ready ?
ReplyDeleteRamai yg bangang nk komen. Setuju dgn apa yg negotiate tp perlu di bawa ke parlimen utk dibincangkan bersama backbencher dan pemikir2 ekonomi dulu. Kalo xbaik utk msia, x jadi sign lah nnt. Bongok!
ReplyDelete