Kepada Rayani Air, Allah Bersamamu Meskipun Tidak Bersunat
Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah memuji sikap berani syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.
Kata Mohd Ridhuan, pemilik syarikat penerbangan itu lebih memahami budaya dan kehidupan masyarakat negara ini, meskipun ada pihak yang mendakwa syarikat tersebut cuba mengaut keuntungan atas nama Islam.
“Mungkin ada yang berkata, ini wayang sahaja, bagi mendapat keuntungan. “Pada saya, wayang pun wayanglah, sekurang-kurang dia ada hati dengan Islam. Cukuplah. Daripada berkawan dengan ultra kiasu sekian lama, tetapi makin tegar dan kuat menentang Islam,” katanya dipetik menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam temubual bersama sebuah portal berita mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam. Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang memperkenalkan konsep tersebut.
Mohd Ridhuan turut mempersoalkan ketegasan kerajaan dan pemimpin dalam melaksanakan konsep patuh syariah kepada syarikat penerbangan di negara ini, berbanding negara Brunei yang dilihat lebih tegas meskipun peratusan umat Islam adalah lebih kecil berbanding Malaysia.
“Jawapannya, mudah. Pemimpin di sana (Brunei) ada willpower. Kita bagaimana. Tidak bertegas. “Terperangkap dalam permainan undi. Meskipun mereka tidak pernah mengundi kita, walaupun dalam satu Barisan. “Inilah nasib Melayu. Terlalu memberikan, sehingga orang lain naik kepala,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohd Ridhuan menerusi ruangan itu turut menyenarai lapan sebab mengapa syarikat bukan Islam perlu mematuhi kehendak syariah.
“Pertamanya Malaysia adalah negara Islam dan Islam merupakan agama Persekutuan.
“Kedua, ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas yang amat ditegaskan dalam Islam.
“Ketiga, jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi kenderaan awam perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah terbuka.
“Keempat; isu pramugari menanggis kerana terpaksa berpakaian seksi dan melayan penumpang minum arak.
“Kelima adalah isu pesawat penerbangan yang terpaksa berpatah balik gara-gara penumpang mabuk baru-baru ini juga perlu diambil pengajaran.
“Keenam, pelancong datang bukan nak minum arak tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka.
“Ketujuh, sama juga membuat pertunjukan rock, R&B dan lain-lain budaya barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu-lagu etnik Cina, Sabah dan Sarawak
“Kelapan, apa sebenarnya identiti Malaysia saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih barat dari barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat,” tegasnya.
Mohd Ridhuan mengakhiri pandangannya dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Rayani Air. “Kepada Rayani Air, gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin, penumpang akan rasa selamat. Aku tetap akan memilihmu. Allah bersamamu meskipun tidak bersunat,” katanya.
ayat last tu buat aku hilang ngantuk...power hahaha
ReplyDeleteIslam tak ajar umatnya tak hormat orang lain.
ReplyDeleteRayani Air faham ke tu?
Power ayat ini "Wayang pun wayanglah, sekurang-kurang dia ada hati dengan Islam"
ReplyDeleteorg islam sendiri pon xleh buat bisnes cam ni..kasihan kita
ReplyDeleteSenang saja orang islam cap ayam yang dikatakan handal ni di beli..........
ReplyDelete