Sukan Syncronised Jumping Olimpik vs Terjun Paracut Halo
Haha saya ada nak tegoq sikit la pada rakan2 yang dok viralkan pasal perbandingan adik Pandalela dengan komando tu.
Hangpa ni bandingkan sukan terjun papan anjal dengan payung terjun pasai apa ni. Hang ingat ada ka komando boleh terjun serentak ke dalam ayaq sejuk pastu percikan air kolam tu kecik je. Pandalela kena berlatih bertahun2 secara berterusan supaya terjunan tu perfect. benda ni susah gila nak buat.. dan aku berani jamin la komando mana buleh tiru aksi Pandalela ni.
Payung terjun komando hang patutnya bandingkan dengan skydiving. Tetapi oleh kerana skydiving takda dalam olimpik.. hangpa patut diam2 saja noh.
Hargai lah usaha Pandelela & Jun Hoong tu kerana mereka dah berusaha dengan 110% effort untuk mendapatkan pingat emas di Olimpik walaupun hanya berjaya mendapat Perak.
Ianya pencapaian yang kita patut bangga.
Takpayah la nak mencemuh orang dan membanding2 dengan perkara mengarut. Komando terjun beribu kaki membawa maut kepada musuh di bawah. Pandelela & Jun Hoong terjun dengan cantik untuk membawa pingat Perak Olimpik kepada negara.
ADMIN
MALAYSIA MILITARY POWER
No comments:
Post a Comment