Biarlah Nik Abduh Pergi Dengan Pas ke Neraka !!!
“Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan nak pilih ke jalan syurga firdausi!”
Itu kata-kata kesat dilemparkan oleh orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Nik Mohamad Abduh dan PAS gara-gara berang `pemimpinnya’ itu ditempelak oleh Nik Mohamad Abduh hari ini.
Khairuddin mendakwa kononnya Nik Mohamad dan PAS melakukan banyak dosa kerana bersengkongkol dengan kerajaan, manakala Pakatan Harapan sedang melaksanakan kerja-kerja Tuhan.
“Nik Abduh banyak melakukan dosa kerana bersubahat dengan kerajaan dalam pelbagai kemungkaran serta salah laku. Nik Abduh dan PAS bersekongkol dengan jenayah. Mahathir dan dan kami semua dalam Pakatan Harapan sedang melawan kemungkaran.
“Jadi saya nak tanya Nik Mohamad Abduh siapa yang lebih melakukan dosa? Beliau dengan PAS yang lebih berdosa dari kami semua yang menentang kemungkaran seperti yang dituntut oleh ajaran agama islam yang tulen,” dakwanya dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
Justeru, Khairuddin meminta Nik Mohamad Abduh supaya muhasabah diri serta cermin muka terlebih dahulu dan tidak mengajak orang ramai supaya memilih jalan ke neraka jahanam bersamanya.
“Apa Nik Abduh ingat dia lebih bertaqwa dari Mahathir? Siapa dia Nik Abduh nak nasihat Mahathir ke tikar sembahyang? Pada realitinya, Nik Abduh yang harus ke tikar sembahyang untuk anjurkan solat taubat nasuhah setiap hari,” katanya.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini menyindir Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemerintahannya satu waktu dahulu.
Sehubungan dengan itu, Nik Mohamad Abduh menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik negara.
“Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama.
“Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan,” kata Nik Mohamad Abduh. -MYNEWSHUB
4 golongan muslimin :
ReplyDelete1.Sgt solehnya, tinggi ilmunya, sentiasa benar pd akidahnya, amalan agamanya, akhlaknya. Sentiasa dlm kesolehan, tutur kata dan tingkah lakunya, cemerlang akhlaknya, sempurna amalan syariatnya, dinamakan mrk sbg siddiqin.
2.Baik amalan syariatnya, baik juga akhlaknya, sering zikrullah, sentiasa bertaubat, sesekali melakukan kesalahan segera dia dgn taubatnya. Tergolong juga dlm golongan org soleh, dikenal sbg muttaqin.
3.Tergolong baik amalan syariatnya, kurang sedikit dr segi akhlaknya, bnyk amal baiknya, namun ada juga yg buruknya, tidak dia nafikan salahnya, bahkan mengakuinya dan sentiasa juga dia dlm taubatnya, disebut dia muktasidun, atau golongan pertengahan mukmin yg soleh.
4.Ahli syahadah, bnyk berdosa, sering lalai menyempurnakan kewajipan agamanya, lalai juga utk taubat, kerana kejahilannya sering juga melakukan atau menyebutkan kata kata yg membawa kekufuran, tp tetap dia ahli syahadah, bukan termasuk golongan murtad. Sesekali bersolat juga dia, sesekali dikerjakan juga kewajipan agamanya. Inilah muslim yg menzalimi dirinya sendiri, tergolong fasikin.
Usah menilai org lain, nilaikan saja diri sendiri.
Segolongan yg lain, mengaku muslim, tp tak kisah pun nak tahu tanggung jawab sbg muslim, tak kisah pun nak melaksanakan kewajipan sbg muslim, bahkan hatinya lbh cenderung kpd kekufuran dan kefasikan, sgt ditakuti tergolong munafikun.