1. Posting berbentuk provokasi oleh segelintir petaksub politik di Facebook sedang hangat disebarkan berkenaan perbandingan antara Malaysia dan Thailand yang kononnya pentadbiran di negara jiran lebih baik dan nasib rakyat lebih terbela.
2. Posting ini mendapat respon negatif daripada pemilik akaun blog, Karlisa Latisya, seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalankan perniagaan di Satun, Thailand.
3. Penulis mendakwa top up sim card di negara jiran tiada tarikh luput. Dalam laman blog tersebut, beliau berkata penggunaan telefon bimbit di tiga wilayah bergolak adalah sangat ketat, bahkan salinan kad pengenalan juga diambil bagi pendaftaran sebarang jenis talian prabayar. Namun tarikh luput tetap sama iaitu dalam tempoh antara 3 hingga 12 bulan bergantung kepada tawaran dan promosi.
4. Dakwaan berkenaan lesen kenderaan hanya perlu dibayar sekali seumur hidup juga adalah tidak benar. Setiap tahun rakyat Thailand juga harus memperbaharui lesen kecuali bagi mereka yang membuat lesen kenderaan pada 30 hingga 40 tahun dahulu sahaja. Penguatkuasaan di Thailand juga sama seperti di Malaysia dengan pembayaran cukai jalan dan insurans setiap tahun.
5. Seterusnya dakwaan berkenaan warga emas, OKU dan ibu tunggal yang dapat THB100 sebulan. THB100 bersamaan RM10 sebulan atau RM120 setahun. Dengan THB100 sangat tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup dalam tempoh sebulan. Hanya warga emas terpilih sahaja yang dapat insentif antara THB500-THB700 sebulan. Jika dibandingkan dengan bantuan BR1M dari kerajaan Malaysia, masih jauh perbezaannya. Nasib bagi golongan ibu tunggal dan OKU di negara jiran masih tidak terbanding dengan nasib mereka di Malaysia.
6. Penulis juga mengatakan bahawa murid-murid diberikan makanan percuma di negara jiran. Perkara ini benar, tetapi khusus buat murid yang belajar untuk jadi Sami Buddha. Namun, mereka perlu berjalan dan meminta sumbangan makanan daripada mereka yang sudi memberi makan.
7. Selain itu, penulis juga berkata pengguna hanya perlu membayar RM400 sekali seumur hidup untuk mendapatkan siaran parabola. Di Thailand, tiada siaran seperti Astro, jika ada pun perlu bayar THB1000-THB1500 sebulan. Jadi pilihan rakyat semestinya parabola untuk mendapatkan siaran-siaran televisyen.
8. Dakwaan berkenaan harga kereta lebih murah di Thailand berbanding Malaysia juga disangkal. Kereta import memang murah. Harga Toyota Vios hanya THB600,000 sebuah. Ini kerana Thailand sudah lama menggunakan sistem GST. Jadi, duti kereta dikurangkan. Kebanyakan kilang pemasangan kereta dan motor Thailand antara yang terbesar di dunia. Seperti juga Malaysia RON95 hanya RM2.30 per liter dan di Thailand RON95 berharga RM4.50 per liter. Guna kereta setahun dan isi minyak nilainya sama seperti beli kereta di Malaysia dan guna di Malaysia.
9. Begitu juga dakwaan berkenaan tambang keretapi kelas ketiga yang dikatakan percuma. Benar tambang kelas ketiga adalah percuma, namun tertakluk pada tempoh promosi. Seperti promosi penerbangan AirAsia juga dengan harga RM1 sahaja sudah boleh terbang ke mana-mana destinasi.
10. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur tinggal di negara ini, walaupun fitnah dibuat dan disebarkan namun masih mampu hidup aman damai. Bagaimana nasib mereka yang suka menabur fitnah ini jika perkara yang sama mereka lakukan di negara jiran?
org thai yg tak suka dgn kerajaan mrk mengatakan msia jauh lbh baik dr thailand begitulah sebaliknya.. kalau blh tuka suka sama suka kan bagus.. sbb perbuatan mrk ini serupalah spt mengatakan keluarga org lain lbh baik dr keluarga mrk..
ReplyDeleteAlahai...pemakan dedak belakea..
ReplyDelete